Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
8-trik-mudah-dan-murah-untuk-rambut-super-silky

8 Trik Mudah & Murah Untuk Rambut Super Silky

Jika kamu selalu gayakan rambut dengan peralatan panas, menggunakan pelbagai produk, dan mewarnakannya dengan kerap, rambut selembut sutera ibarat angan-angan saja.

Foto: Shutterstock.com

Namun dengan produk yang tepat, kamu boleh memperbaiki penampilan dan keadaan rambut dalam beberapa minggu saja - memandangkan rambut selembut sutera hanya bergantung kepada kutikel (lapisan luar) yang sihat, menurut Steven Picciano, national artist untuk Goldwell. "Permukaan rambut kamu ibarat lapisan pada atap rumah," katanya. "Apabila kesemua lapisan tersebut (aka lapisan kutikel) diratakan dan licin dari pangkal je hujung, rambut kamu akan tampak dan terasa lembut dan berkilat - tidak bersimpul atau kusut, dan akan membiaskan cahaya serta kilauan.

Jadi jika kamu sedang berdepan dengan masalah rambut kusam, kusut dan sebagainya setiap hari, setiap minggu atau bila-bila masa, ikuti lapan tip di bawah ini untuk sihatkan 'mahkotamu' dan kembalikan kilauannya.

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Sentiasa akhiri blow dry dengan angin sejuk

Bunyinya seperti satu langkah ekstra yang rumit, tapi menurut Picciano, ia adalah petua untuk mengunci maya, gaya dandanan, pergerakan rambut, malah menutup kutikel!

“Pastikan kamu sentiasa gunakan nozzle atau concentrator,” katanya. “Ini akan memastikan arah angin melalui dari akar ke hujung rambut, menutup kutikel, bukannya merosakkanya lagi.” Gunakan tangan kamu sebagai sikat. “Letakkan jari-jemari kamu ke dalam rambut, rapatkan jari, kemudian lurut ke bawah untuk pastikan kutikel menutup, diikuti dengan a shot of cold air to seal it.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor