Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
8-trik-mudah-dan-murah-untuk-rambut-super-silky

8 Trik Mudah & Murah Untuk Rambut Super Silky

Jika kamu selalu gayakan rambut dengan peralatan panas, menggunakan pelbagai produk, dan mewarnakannya dengan kerap, rambut selembut sutera ibarat angan-angan saja.

Foto: Shutterstock.com

Namun dengan produk yang tepat, kamu boleh memperbaiki penampilan dan keadaan rambut dalam beberapa minggu saja - memandangkan rambut selembut sutera hanya bergantung kepada kutikel (lapisan luar) yang sihat, menurut Steven Picciano, national artist untuk Goldwell. "Permukaan rambut kamu ibarat lapisan pada atap rumah," katanya. "Apabila kesemua lapisan tersebut (aka lapisan kutikel) diratakan dan licin dari pangkal je hujung, rambut kamu akan tampak dan terasa lembut dan berkilat - tidak bersimpul atau kusut, dan akan membiaskan cahaya serta kilauan.

Jadi jika kamu sedang berdepan dengan masalah rambut kusam, kusut dan sebagainya setiap hari, setiap minggu atau bila-bila masa, ikuti lapan tip di bawah ini untuk sihatkan 'mahkotamu' dan kembalikan kilauannya.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Sikat bila basah, berus bila kering

Kata Picciano, kebanyakan orang suka memberus rambut dengan kasar, dan ini boleh menyebabkan rambut rosak. “Jika kamu memberus rambut basah dengan paddle brush, bunyi yang kamu dengar ketika memberus itu sebenarnya adalah bunyi rambut kamu sedang tercarik. Perbuatan ini hanya menyebabkan kerosakan pada lapisan luar rambut.”

Cara lebih lembut untuk leraikan kusut? Gunakan sikat ketika rambut basah (atau berus yang direka khas untuk rambut basah), dan gunakan berus ketika rambut kamu sudah kering. Mulakan dengan hujung rambut, kemudian pertengahan rambut dan akhiri dengan akar rambut.

Verb Detangling Brush, RM65 (sephora.my)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor