Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
8-trik-mudah-dan-murah-untuk-rambut-super-silky

8 Trik Mudah & Murah Untuk Rambut Super Silky

Jika kamu selalu gayakan rambut dengan peralatan panas, menggunakan pelbagai produk, dan mewarnakannya dengan kerap, rambut selembut sutera ibarat angan-angan saja.

Foto: Shutterstock.com

Namun dengan produk yang tepat, kamu boleh memperbaiki penampilan dan keadaan rambut dalam beberapa minggu saja – memandangkan rambut selembut sutera hanya bergantung kepada kutikel (lapisan luar) yang sihat, menurut Steven Picciano, national artist untuk Goldwell. “Permukaan rambut kamu ibarat lapisan pada atap rumah,” katanya. “Apabila kesemua lapisan tersebut (aka lapisan kutikel) diratakan dan licin dari pangkal je hujung, rambut kamu akan tampak dan terasa lembut dan berkilat – tidak bersimpul atau kusut, dan akan membiaskan cahaya serta kilauan.

Jadi jika kamu sedang berdepan dengan masalah rambut kusam, kusut dan sebagainya setiap hari, setiap minggu atau bila-bila masa, ikuti lapan tip di bawah ini untuk sihatkan ‘mahkotamu’ dan kembalikan kilauannya.

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Berhati-hati bila bersyampu

Ketika mandi, biasanya kamu akan tarik semua rambut ke atas kepala dan syampu keseluruhan rambut. Teknik ini bukan saja akan menyebabkan kusut, tapi juga akan mengeringkan hujung rambut yang sudah pun kekurangan lembapan – lebih-lebih lagi buat kamu yang berambut keriting.

“Untuk rambut lurus secara semula jadi, minyak dari kulit kepala boleh turun dari akar rambut hingga ke hujung dengan pantas disebabkan graviti,” kata Picciano. “Tapi untuk rambut keriting, minyak tersebut terpaksa travel pada lingkaran rambut, jadi minyak lambat sampai pada hujung rambut.”

Ini bermakna mereka yang berambut keriting tak perlu bersyampu dengan kerap. Dan bila perlu bersyampu, cuba bertukar daripada syampu biasa kepada cleansing conditioner untuk memastikan rambut kamu tidak kehilangan minyak semula jadinya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor