Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
murung

8 Taktik Lupakan Hari Murung

Kerja melambak di pejabat? Teman lelaki batalkan date night? Apa saja yang buat kamu rasa down, gunakan strategi mudah dari pakar psikologi ini untuk keluar dari kepompong kesedihan.

murung

 

TAKTIK 1

Fake It

Bukan cakap pasal orgasma. Tapi bila kamu rasa sedih, banyak kajian menunjukkan yang berpura-pura untuk rasa ceria akan buat kamu rasa ceria. Bila kamu senyum, walaupun tak sepenuh hati, ia akan menghantar signal gembira kepada otak dan buat kamu rasa lebih lega. Dan cuba pandang ke cermin bila melakukannya; ia akan beri satu suntikan pada otak untuk buat kamu rasa gembira.

 

TAKTIK 2

Jalan Ke Exit Seterusnya

Ada kala, cara terbaik untuk ubah hari yang buruk adalah untuk bangun dan ‘blah’. Memang sukar nak singkirkan rasa murung kerana kamu mungkin ternampak perkara yang buat kamu ingat kembali kepadanya.  Bermakna, jika kamu rasa ‘angin’ dengan komen teman kamu yang agak ‘kureng’ itu, masih lepak bersamanya di parti dengan kemungkinan dia akan terus keluarkan komen serupa takkan membantu. Sebaliknya, keluar dan ambil angin atau terus ke Starbucks. Keluar sebegitu akan kurangkan rasa grumpy, kerana kamu akan sibuk memproses lokasi baru daripada teringat-ingat kejadian buruk tadi.

 

TAKTIK 3

Pergi Bertumbuk

Menyertai kelas kickboxing atau menumbuk punching bag boleh buat kamu rasa lebih lega. Bersenam melepaskan endorfin yang dengan segera buat kamu rasa gembira. Tapi janganlah terus lompat atas treadmill, cuba aktiviti lebih agresif. Melakukan sesuatu yang buat kamu berpeluh sakan akan buat kamu lupakan frustration.

 

TAKTIK 4

Pakai Gincu Rona Terang

Merah menyala… pink terang… tak kiralah rona apa kamu pilih, memakai gincu sebegini seakan-akan sentuhan magis. Sebabnya: Kamu akan rasa penampilan jadi lebih cantik, lantas buat kamu rasa lebih baik tentang perkara lain dalam hidupmu. Tak rasa nak bersolek? Masuk Sephora dan belilah wangian baru.

 

TAKTIK 5

Bebel Seketika

Dan ada kalanya kamu perlukan sesi luah perasaan yang bagus, tapi kepada siapa dan cara kamu lakukan itu penting. Pilih teman yang boleh mendengar. Tapi sebelum kamu mula, minta temanmu hentikan kamu bila dah cukup 15 minit. Ia jumlah yang memadai untuk legakan apa terbuku dalam hati. Kalau lebih dari itu kamu akan mula fokus kepada perkara negatif pula nanti.

 

TAKTIK 6

Layan Benda Lain

Satu kajian baru mendapati, mood buruk akan jadi lebih teruk jika kamu terlalu memikirkannya. Tapi jika seseorang itu distracted, dia akan rasa lebih lega. Rancangan TV yang best boleh alih perhatian. Bila kamu fokus kepada jalan ceritanya, kamu takkan terfikir masalah sendiri. Cuma berhati-hati dengan pilihanmu. Elak berita atau apa saja drama jenayah yang penuh tekanan, menontonnya akan buat kamu rasa lebih murung. Pilih sesuatu yang ringan dan menyeronokkan untuk lupakan masalah.

 

TAKTIK 7

Cupcake? Silalah…

Jika harimu benar-benar teruk, kamu perlukan sesuatu dengan sedikit keceriaan. Cara mudah dan cepat untuk lakukannya? Manjakan dirimu dengan sesuatu yang mewah dan kamu akan rasa disayangi – seperti bertih jagung caramel lazat (think Garrett’s). Bila kamu manjakan diri, sukar nak rasa sedih. Pastikan kamu tak melahap sedozen cupcake sendirian pula. Melebih-lebih nanti akan beri kesan sebaliknya pula, kerana selain rasa crummy, kamu akan rasa perut sebu atau bersalah pula sebab makan lebih kalori.

 

TAKTIK 8

Biarlah Bermalasan

Mood yang tak best akan buat kamu rasa frenzy – tiba-tiba kamu akan rasa kena langsaikan semua dalam senarai kena-buat untuk rasa lebih lega. Tapi keadaan akan jadi lebih buruk. Jika kamu cuba selesaikan banyak benda sekali gus, kamu akan rasa lebih down. Sebaliknya, pilih tugasan yang lebih mudah untuk dicapai tapi memberikan hasil memuaskan. Bosan dengan rumahmu yang bersepah? Pilih satu benda nak buat seperti lap cermin.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor