Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

8 of 8Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. Bila buang air kecil, kamu nampak sedikit darah.

Warna darah itu mungkin pucat atau pinkish dan ia mungkin disebabkan oleh keradangan pada dinding uretra atau pundi kencing yang disebabkan oleh jangkitan saluran kencing (UTI). “UTI biasanya diiringi simptom lain seperti rasa tak tahan nak buang air kecil atau rasa pedih,” jelas Jennifer Gunter, MD, pengarah kesakitan pelvik dan vulvovaginal disorder untuk Kaiser Permanente di San Francisco. Amerika Syarikat. “Tapi bukan itu saja puncanya, menyebabkan ramai wanita tak sedar mereka kena UTI sehinggalah dah sakit teruk.” Bila kamu dah perasan darah, sakitnya akan datang sejurus selepas itu.

Hubungi doktor dengan segera untuk diperiksa dan antibiotik bagi membersihkan jangkitan. Sementara itu, minum jus kranberi, yang boleh bantu mengekang bakteria daripada berganda dan menyebabkan pendarahan setiap kali kamu ke tandas. Jika kamu tiada jus tersebut, minum air dengan banyak boleh membantu.

Jika kamu demam dan kena sakit belakang juga kencing berdarah, terus ke wad kecemasan. Tiga simptom yang berlaku serentak ini mungkin disebabkan oleh batu karang atau jangkitan buah pinggang, kedua-duanya adalah kes kecemasan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor