Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Kamu baru nak bermesra dengan suami tiba-tiba mulut kemaluan jadi merah, membengkak dan sakit.

Kan ada bahagian kulit pada badan terutama membran mukus nipis pada lipid dan hidung jadi sakit, bengkak dan/atau gatal bila terkena pencetus alergi? “Well, kulit pada kawasan sulit juga boleh beri reaksi yang sama,” kata Dr Mills. Mungkin kamu terdedah pada sesuatu yang menyebabkan reaksi alergi, contohnya, pelincir yang berperisa atau sabun pencuci pada cadar. Kemungkinan lain: Bulu kucing. Jika kamu duduk tanpa pakaian atas katil atau kerusi yang ada bulu haiwan peliharaan, walaupun sekejap saja, kawasan itu akan jadi mangsanya.

Nasib baik situasi sebegini tak serius. Mandi atau mengambil antihistamine seperti Benadryl boleh memulihkan keadaan. Namun, dalam keadaan tertentu, bengkak mungkin jadi lebih teruk, terpaksalah kamu ke wad kecemasan untuk ubat untuk memulihkannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor