Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

6 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Haid kamu ikut mood. Kadang-kadang ada, tiba-tiba menghilang pula.

Haid yang tak datang sekali atau dua kali setahun tak perlu digusarkan. Tapi jika dua atau lebih bulan berlalu tanpanya, kemudian ia muncul sekejap kemudian hilang pula, tentu ada sesuatu – mungkin ia polycystic ovarian syndrome (PCOS). Ia adalah masalah hormon yang menyebabkan ovari mengeluarkan terlalu banyak hormon lelaki, yang kemudian mengekang kamu untuk keluarkan telur dengan kerap. Bila kamu tak subur, kamu tak datang haid.

PCOS boleh menyebabkan masalah pelik lain, seperti rambut tumbuh berlebihan di muka, tangan, dada atau kaki, jerawat teruk dan/atau rambut gugur. Tapi kebanyakan wanita, juga pakar sakit puan, gagal nak kaitkan ‘kehilangan’ haid ini dengan simptom lain itu. “Hasilnya, PCOS, yang menyerang 1 ke 20 peratus wanita muda, tidak didiagnos untuk bertahun lamanya,” kata Linda D Bradley, naib pengerusi di Obstetrics, Gynecology and Women’s Health Institute, Cleveland Clinic, Amerika Syarikat. Walaupun ia tak boleh dirawat dan pakar tak tahu punca sesetengah wanita menghidapnya, kamu boleh merawat simptomnya: Pil perancang, yang boleh mengurangkan hormon  lelaki itu dan mengembalikan kitaran haidmu.

Sebab lain -haid ‘menyepi’: Peratusan lemak badan yang terlalu rendah. Kekurangan lemak boleh letakkan kamu dalam zon bahaya untuk ovulasi. Sel lemak menyimpan estrogen, ia boleh mengganggu signal tubuh untuk menghasilkan haid. Mengurangkan senaman dan menambah jumlah pemakanan boleh membantu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor