Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Lelehan bersusu atau cerah keluar daripada payudara.

Kamu mungkin perasan ada sedikit cecair pada baju. Kalau kamu tak menyusu, apakah ia sebenarnya? Ini penjelasannya: Sistem kamu mungkin telah memulakan pengeluaran hormon prolaktin, yang biasanya berlaku bila kamu dah melahirkan anak. “Ia mungkin berlaku atas sebab-sebab seperti tekanan, kesan sampingan ubat atau masalah tairod,” kata Dr Milosavljevic. Stimulasi payudara yang berlebihan mungkin meningkatkan pengeluaran prolaktin.

Untuk mengekangnya daripada berulang, pastikan kamu lakukan ini: Kurangkan rasa tekanan, minta suami berlembut sedikit dengan ‘kembarmu’ sewaktu seks, dan kenalah ke pakar untuk ketahui lanjut. Walaupun ia mungkin bukan masalah serius, dalam kes terpencil, ia mungkin petanda barah payudara atau ketumbuhan pituitari. Pakar sakit puan akan lakukan pemeriksaan sewajarnya, katanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor