Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Kamu dan suami baru ‘selesai,’ dan tiba-tiba terbau sesuatu yang tak best.

Seks biasanya mempunyai bau tersendiri – kombinasi cecair badan juga peluh mewujudkan bau tanah dan hapak. Tapi jika kawasan ranjangmu berbau seperti ikan busuk daripada bau yang boleh diterima, ia mungkin petanda berlakunya bacterial vaginosis (BV).

Ia adalah jangkitan yang biasa terutama di kalangan wanita, berlaku apabila bakteria di alat sulit merebak tanpa kawalan. “Tidak diketahui apakah puncanya (berkemungkinan sebab tabiat bertukar pasangan dan douching), tapi bila bakteria itu ‘terkena’ dengan bahan kimia tertentu dalam semen, ia akan mengeluarkan bau tertentu,” jelas Jennifer Milosavljevic, pakar sakit puan di Henry Ford Hospital di West Bloomfield, Michigan, Amerika Syarikat.

Bagus juga jika baunya amat busuk, kalau tidak kamu pun tak perasan akan masalah berkenaan. Simptom BV yang lain juga samar: Lelehan off-white cair, dan sedikit rasa gatal. Dan jika dibiarkan, jangkitan itu akan menyebabkan kamu berdepan komplikasi lain bila kamu hamil. Buat temu janji dengan pakar. Dia akan periksa dan berikan ubat yang boleh hapuskan jangkitan dengan segera.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor