Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Sedang asyik melakukan seks, kamu terasa sakit seperti ditusuk pada satu bahagian pelvik.

Rasa tusukan itu mungkin sesaat saja dan pada waktu lain okey saja, jadi kamu anggap mungkin suami got carried away. Tapi beberapa minit kemudian atau sewaktu sesi seks lain, ia berulang lagi.

“Rasa sakit sewaktu sedang beraksi mungkin disebabkan hal lain, tapi ini bunyinya seperti ovarian cyst,” kata Jennifer Mills, obgyn di Touro Infirmary, di New Orleans, Amerika Syarikat. Bila sedang subur, satu kantung sepanjang satu sentimeter berbentuk seperti buih terbentuk dalam ovari. Ia bukan sesuatu yang perlu dirunsingkan dan biasanya ia akan hilang bila datang haid. Tapi ada kalanya ia boleh membesar di dalam ovari.

Sewaktu seks, buih tersebut mungkin tertekan, menyebabkan rasa sakit yang amat di kawasan terbabit atau ia mungkin pecah. “Apabila cecair di dalamnya bocor ke kawasan kaviti pelvik itu yang membuat kawasan terbabit rasa sakit,” kata Dr Mills.

Kurangkan rasa sakit dengan mengambil ubat penenang kesakitan. Meletak pad pemanas pada abdomen juga boleh membantu, katanya. Sista itu mungkin a one time thing, tapi jika kamu masih tak puas hati atau asyik mengalaminya, silalah berjumpa pakar. “Sesetengah wanita memang mudah terkena sista, dan mengambil ubat boleh mengekangnya,” kata Dr Mills.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor