Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Simptom Sakit Puan Kamu Kena Alert

Bila sesuatu yang menakutkan berlaku pada zon wanita kamu, kalau boleh memang nak buat tak tahu dengan harapan ia akan hilang sendiri. Tapi awas, ia boleh menjejaskan kesihatanmu. Jika kamu ada alami satu daripada petanda masalah sakit puan ini, turuti nasihat pakar okey.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Selepas seks, kamu nampak darah dari bahagian intim.

Sedikit darah atas cadar atau calitan merah pada seluar dalammu. Ia bukan darah haid dan kamu tak pula rasa sakit, jadi kamu pun menggelabah – memang patut pun. Ia mungkin STD (penyakit jelamin), termasuk chlamydia. “Bakteria STD ini menyebabkan keradangan pada sel dalam serviks, hingga menyebabkan keluarnya sedikit darah,” kata Purdence Hall, pengarah dan pakar sakit puan di Hall Health and Longevity Center, California, Amerika Syarikat. Ia boleh berlaku terutama selepas alat sulit suami kamu menggosok atau terkena kawasan serviks sewaktu seks.

Sesetengah petanda chlamydia adalah lelehan hijau kekuningan dan rasa pedih bila buang air kecil. Kamu boleh dijangkiti untuk berbulan malah bertahun tanpa sebarang simptom jelas. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan keadaan lebih buruk seperti penyakit radang pelvik, yang boleh menggugat kesuburan. Jadi, penting untuk berjumpa pakar sakit puan dengan segera. Dia akan lakukan pemeriksaan dan berikan antibiotik sepatutnya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor