8 Sebab Kenapa Kamu Patut Amalkan Minum Kombucha Tea - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Sebab Kenapa Kamu Patut Amalkan Minum Kombucha Tea

Mungkin kamu pernah dengar tentang kombucha tea yang pernah tular sebelum ini namun masih ragu-ragu untuk jadikannya minuman harian. Walaupun sudah wujud beribu tahun dulu, ia menjadi kegilaan kebelakangan ini kerana mempunyai kebaikan yang tidak terhingga banyaknya!

Kombucha adalah minuman yang ditapaikan – mengandungi teh hitam dan gula (dari pelbagai sumber termasuk gula tebu, buah atau madu) yang digunakan sebagai makanan probiotik. Ia mengandungi pelbagai bakteria dan yis yang bertanggungjawab untuk memulakan proses penapaian sebaik saja dicampurkan dengan gula.

Dikenali sebagai ‘Immortal Health Elixir’ oleh orang Cina, konbucha adalah minuman yang kaya yang kebaikan untuk kesihatan seperti untuk jantung, otak dan (lebih-lebih lagi) usus. Kamu boleh beli kombucha tea atau buat sendiri di rumah. Ini antara kebaikannya.

 

1. Ia meningkatkan sistem imun tubuh

Walaupun banyak artikel kesihatan yang menitikberatkan keberkesanannya dalam menjaga perut dan usus (yang mana mampu meningkatkan sistem imun), terdapat juga bukti yang menunjukkan kombucha mengandungi antioksidan berkuasa serta mampu detoks tubuh dan melindungi daripada penyakit.

2. It supports a healthy gut

Antioksidan di dalam teh ini menyingkir radikal bebas yang mengganggu proses penghadaman. Ia juga membantu menyihatkan perut dengan kandungan asid baik, probiotik, asid amino dan enzim yang tinggi.

3. Ia memperbaiki kesihatan mental

Kombucha bukan saja meyihatkan perut, malah mampu melindungi minda dengan kandungan vitaminnya. Vitamin B12 di dalamnya mampu meningkatkan tenaga dan mengawal kesihatan mental.

4. Ia menjamin paru-paru yang sihat.

5. Ia sumber antibakteria

Mengambil jenis bakteria yang terkandung dalam kombucha mampu memusnahkan bakteria jahat yang menyebabkan jangkitan.

6. Ia membantu menghalang kencing manis

Ia dikatakan mampu mengurangkan simptom diabetes kerana kandungan antioksidannya, tapi kamu kenalah kawan pengambilan gula okey.

7. Ia menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

8. Ia membantu melindungi hati.

 

Artikel asal: Simrit Tiwana (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor