Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Perkara Lelaki Tak Peduli

Selama ini kamu rasa bagai nak pecah kepala memikirkan apa yang dia suka dan tak suka? Nah, Cosmo kongsikan perkara yang lelaki langsung tak ambil peduli.

45974529_m

 

1. Ke Mana Kamu Pilih Untuk Makan Malam

Daripada dicela kerana asyik memilih kedai Mamak, si dia tak kisah kalau kamu yang berikan cadangan. Apatah lagi jika dia end up memilih untuk memesan burger atau lamb steak saja. Di kala perutnya ‘memekik’ kelaparan, janganlah tanya banyak mana nak pergi. Buat keputusan, apa saja, si dia tentu akan on. Selepas beberapa bulan bercinta, pasti kamu sudah boleh agak apa yang dia suka dan sebaliknya. Tapi kalau nak cuba sesuatu yang baru, inilah masa terbaik untuk kamu cadangkan restoran yang kamu sudah lama teringin nak pergi itu.

 

2. Jika Kamu Ucap ‘I Love You’ Terlebih Dulu

Terutamanya bila kamu dah tahu masing-masing ambil berat dan jelas saling menyayangi. Lelaki memang diketahui lebih suka tunjukkan sayang dalam bentuk perbuatan. Kalau kamu yang ucapkan kata cinta, tak bermakna kamu terhegeh-hegeh tetapi itu cara kamu. Paling teruk pun, dia akan terkulat-kulat atau buat-buat tak dengar tetapi most likely, dia akan ungkapkannya semula. Tak perlu takut ambil risiko okey.

 

3. Jika Berat Badan Kamu Bertambah Sedikit

Nama pun sedang bahagia, asyik bercinta sehingga miss dua tiga kali sesi ke gim. Paling kuat pun pinggang seluar terasa ketat dan menariknya, kamu yang tahu perkara ini terlebih dahulu daripada si dia. Kalau kamu tak sebut, buah hati kamu tentu tak perasan pun. Kalau kenaikan berat badan buat kamu rasa gusar si dia akan mencari yang lain, bolehlah tambahkan sesi riadah sebagai sebahagian daripada rutin percintaan kalian. Setiap Sabtu pagi, ayuh berjoging di taman!

 

4. Jika Kamu Sedang Datang Bulan

Mereka tidaklah akan lari jauh kalau kamu beritahu sedang uzur pun. Tetapi tak perlulah cerita secara terperinci yang kamu perlu tukar tuala wanita sehingga empat kali pagi itu. Casually mentioning it sebab kamu tak selesa untuk pergi mendaki hujung minggu itu tak mengapa. Jika segan nak beritahu kamu sedang haid bila si dia ajak berenang, gunakan perkataan yang tak menggelikan supaya dia tahu. Contohnya, ‘bendera merah’ atau tengah ‘bercuti’. Lama-kelamaan dia fahamlah.

 

5. Berapa Kerap Kalian Keluar Dating

Lelaki yang sedang dilamun cinta sudah tentu sukakan janji temu, tetapi bukan jenis susah hati jika kalian belum makan di Picknik bulan ini. Asalkan dapat habiskan masa dengan kamu –  sekadar keluar minum di mana-mana sambil duduk berbual atau menonton wayang pun sudah memadai baginya. Supaya tak rasa bosan, cuba sesuatu yang baru jika janji temu kamu terasa bak rutin. Sertai seminar atau simpan duit untuk ke festival di luar negara (seperti Singapura atau Indonesia). Membina perhubungan dengan pengalaman baru sudah tentu lebih menggembirakan.

 

6. Sama Ada Kamu Bersolek Atau Tidak

Asalkan kamu nampak bersiap (tak serabai), dia takkan belek sama ada maskara kamu jenis memanjang atau melebatkan.Kamu tak perlu minta maaf kepadanya jika keluar dalam sweat pants dan kemeja-T sebab tak sempat bersiap. Sudah tentu kamu nak nampak cantik di matanya. Dan lelaki selalu cakap mereka suka solekan natural.

 

7. Kamu Rasa Perlu Update Si Dia Setiap Masa

Bayangkan telinga disumbat dengan headphone dengan siaran radio tanpa lagu, hanya bunyi iklan saja. Sudah tentu annoying! Wanita cenderung bercerita setiap perkara secara terperinci kerana takut dia tak faham. Lelaki bijak, rumuskan harimu dengan mudah, senang nak faham. Jika kamu perlu pandangannya atau dia jenis pendengar setia, bolehlah cerita berjela. Tapi ingat, perbualan mesti dua hala. Jangan sampai dia hilang idea untuk kongsikan kepadamu pula.

 

8. Sama Ada Kamu Kena Berbaik-Baik Dengan Ibu Bapanya

Lelaki tak kisah sangat tentang perhubungan kamu dengan ibu bapanya pada peringkat awal percintaan, kecualilah jika kamu confirm bakal jadi isterinya. Kalau kamu yang beria-ia, natijahnya akan kelihatan kamu yang terhegeh-hegeh hendak menambatnya ke dunia perkahwinan. Lagi kamu ‘menjerat’, berkemungkinan besar minatnya padamu pun akan jadi pudar. Dalam hal ini, biar si dia benar-benar bersedia dan mempelawa untuk memperkenalkan kamu kepada ibu bapanya, bukan kamu yang sibuk bertanya ya. Kalau jodoh tidaklah ke mana.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor