8 Mitos Tentang Lelaki - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
man

8 Mitos Tentang Lelaki

Setengah perkara memang jelas: Mereka sukakan seks dan menganggap diri sebagai ‘raja’ pandu arah. Dan ada ‘kebenaran’ tentang diri mereka yang sebenarnya tidak benar. Ini lapan mitos mengenai jejaka yang perlu kamu tahu…

man

 

MITOS 1: LELAKI SUKA MENGEJARMU

Kebenarannya

Gelarkannya The ­Clooney Effect, tetapi lelaki hari ini memang suka wanita berkeyakinan tinggi dan berpelajaran (lebih pada jenis Amal Alamuddin berbanding Marilyn Monroe). Menurut kajian Singles in America oleh Match.com terhadap lebih 5,600 lelaki dan wanita bujang mengenai cinta dan seks, 90 peratus lelaki melaporkan mereka okey jika wanita yang mengajaknya keluar. (Baguslah sebab, hello… Inikan 2016!).

 

MITOS 2: HANYA MAHU SEKS TANPA IKATAN

Kebenarannya

Tak semua lelaki hanya mahukan hubungan seperti ini, dan walaupun ada yang sebegitu, tak bermakna itu saja yang dicarinya. “Seperti kebanyakan personaliti lain seperti extraversion, minat pada seks kasual berbeza di kalangan lelaki dan wanita,” kata Xhana Vrangalova, penyelidik seks, PhD. Sesetengah lelaki langsung tak minat bab itu. Ada antaranya yang mula tunjuk minat pada peringkat umur tertentu. Paling penting, jika lelaki itu menunjukkan minat pada seks kasual, tak bermakna dia langsung tak mahukan cinta. Kemungkinan untuk menginginkan kedua-duanya juga adalah tinggi.

 

MITOS 3: TIADA JAM BIOLOGI

Kebenarannya

“Kedua-dua jantina membentuk ikatan berpasangan, kedua-duanya boleh jatuh cinta dan menginginkan zuriat – terutamanya sebelum usia mencecah 40 tahun –  dan kedua-duanya mahu membesarkannya,” jelas Helen Fisher, PhD, pakar antropologi biologi dan penulis bersama kajian Singles in America. Bermakna, lelaki juga mempunyai keinginan yang sama seperti wanita.

 

MITOS 4: FOBIA DENGAN KOMITMEN

Kebenarannya

“Tak semua begitu,” kata Fisher. “Lelaki mahu perkenalkan pasangannya pasa teman dan keluarga lebih awal daripada wanita menginginkannya, mereka lebih sukakan public affection dan mahu hidup bersama lebih awal,” katanya. Ada sebab biologi yang sangat coll berkaitan ini. Kerana wanita adalah ‘penjaga telur’ (maknanya boleh hamil), suda tersuray yang lelaki akan jatuh cinta lebih cepat dan mahukan wanita itu off the market sebelum lelaki lain menghampirinya.

 

MITOS 5: TAK BOLEH PALSUKAN ORGASMA SEPERTI WANITA

Kebenarannya

Kamu ingat wanita saja boleh berpura-pura? Tidak ya. Lelaki pun boleh juga. (Lebih mudah nak fake it bila sarung kondom). “Kerana mitos ini yang lelaki sentiasa boleh capai orgasma, tekanan untuk memberi prestasi hebat amat tinggi,” jelas Stephen Synder, MD, pakar terapi seks.

 

MITOS 6: KAKI BESAR BERSAMAAN ‘PAKEJ’ BESAR

Kebenarannya

Malangnya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan lelaki dengan saiz kasut besar (atau saiz tangan mahupun hidung) mempengaruhi saiz ‘pakejnya’. “Saya percaya itu hanyalah legenda urban semata-mata,” kata Snyder.

 

MITOS 7: MUDAH KLIMAKS SEWAKTU SEKS

Kebenarannya

Bukan saja lelaki bergelut dengan orgasma, ada nama euphemistic untuknya: DE (delayed ejaculation). “Sesetengah lelaki memiliki daya tahan tinggi bagi orgasma,” kata Snyder. Namun, biarpun wanita dikurniakan pelbagai cara untuk meraih syahwat, lelaki tidak begitu bernasib baik. Apa yang ramai wanita tak tahu adalah DE, (dan bentuk lain erectile disfunction atau ED, yang boleh disebabkan oleh ubat antidepresi, tekanan dan alkohol) boleh berlaku pada lelaki muda. Dalam satu kajian pada 2013, 26 peratus lelaki dengan ED berusia di bawah 40 tahun. “Saya terima ramai pesakit sedemikian,” kata Snyder.

 

MITOS 7: BERFIKIR TENTANG  SESI INTIM SETIAP TUJUH SAAT

Kebenarannya

Memikirkan seks setiap tujuh ­saat – itu dah lebih 8,000 kali sehari! – bukan saja buat lelaki sekadar obses tentang seks, tetapi seakan ada sesuatu tak kena dengannya. Nasib baik untuk kamu, kebenaran itu lebih rendah. Lelaki muda, seperti dijangkakan, memikirkan tentangnya lebih sedikit. Satu kajian pada 2011 terhadap lelaki berusia 18 ke 25 tahun merekodkan hampir 19 kali sehari. Dan jumlah itu jauh lebih kecil daripada 8,000 kali sehari. Phew!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor