

Di Sri Lanka, Dettol dan antiseptik lain digunakan untuk mencuci alat sulit wanita yang mengamalkan kaedah pencegah kehamilan ‘pull-out’. Ramai percaya keupayaannya membasmi dan membunuh kuman serta bakteria berbahaya mampu membunuh sperma dan mencegah jangkitan kelamin.
Hemantha Senanayake, Profesor Obstetrics And Gynaecology di University of Colombo di Sri Lanka menjelaskan mengapa ia mustahil. “Sperma yang memasuki vagina melekat dengan pantas pada mukus yang dirembeskan oleh serviks. Ia kemudiannya masuk jauh ke dalam serviks. Tiada sebarang antiseptik yang mampu menyingkirnya. The same applies to disease-causing organisms,” katanya.
Menyapu antiseptik pada alat sulit boleh menyebabkan kerengsaan, jadi ia tidak digalakkan.
Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.