Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Jenis Lelaki Perlu Hindari

Seperti jejaka yang selalu tiada duit. Ketahui jenis-jenis jejaka yang patut kamu hindari.

40441494_l

 

Kaki Mabuk

Arak sudah menjadi seperti air kosong saja buat si dia. Sama ada ia wine di majlis makan malam atau beer semasa barkada get-together, si dia tidak pernah lekang daripada memegang botol arak dan kamu juga sudah tidak ingat bila si dia kelihatan cukup normal untuk berbual dengan kamu.

 

Anak Mak

Sebelum kalian berdua keluar, si dia perlu mendapatkan kebenaran ibunya terlebih dahulu. Walaupun jejaka yang rapat dengan keluarganya bukan lah perkara yang tidak baik, tetapi mungkin si dia tidak dapat mengawal desakan daripada ibu dan keluarganya apabila kalian membuat keputusan untuk jadi lebih serious.

 

Si Nakal

Ada sesuatu tentang bad boys yang kamu tidak boleh say no. Tidak dinafikan mereka sangat hot dan attractive. Tetapi, hati-hati jika kamu mahu pilih a bad boy sebagai pasanganmu. Si dia mungkin sangat charming di awal perhubungan kalian, tetapi sangat lah rare untuk bad boys ini mahukan hubungan yang serious.

 

Jejaka Yang Selalu Tiada Duit

Setiap wanita mahukan jejaka yang stabil daripada segi kewangan bukan? Mempunyai hubungan dengan jejaka yang selalu mengalami masalah kewangan boleh menyebabkan kalian bergaduh besar di kemudian hari. Jika kamu mahukan hubungan yang tahan lama, jangan bazirkan masa kamu dengan jejaka yang hidup dengan hutang mahupun masalah kewangan yang lain.

 

rejecting-a-man

 

Kaki Kelab

Kamu mungkin berjumpa dengannya sewaktu di kelab malam semasa si dia sedang sibuk belanja semua orang minum. Si dia mungkin seorang yang sangat seronok untuk kamu date, tetapi tidak boleh dijamin jika si dia akan serious dengan kamu sehingga sanggup meninggalkan tabiat kaki kelabnya (atau berparty dengan kamu seorang saja).

 

Kaki Control

Daripada cara kamu berpakaian, berjalan atau bercakap dengan orang lain, si dia selalu saja mahu complain, dan selalunya apa yang keluar daripada mulutnya adalah yang tidak baik saja. Jejaka seperti ini sangat demanding, kaki merungut dan bila kamu endahkan pendapatnya, si dia pasti naik angin. #HowMature

 

Si Dia Yang Clingy

Dia asyik hantar kamu mesej setiap hari, daripada iMessage, kepada Fb, WhatsApp, Viber dan segala apps yang boleh. Bila-bila saja phone kamu menyala, sama ada network provider memberitahu yang tawaran tanpa had kamu sudah tamat tempoh atau si dia sedang bercakap tentang topik sama yang dia telah ceritakan pada kamu tiga hari lepas. Apa yang peliknya, kalian berdua belum lagi declare untuk menjadi pasangan kekasih. Si dia yang over.

 

Kaki Rebound 

Jejaka ini baru saja clash dengan girlfriendnya tetapi sudah pun mempunyai teman wanita baru? Ini tandanya red flag. Abort mission! Jika kamu aim untuk mencari pasangan hidup buat selama-lamanya, lupakan lah niat kamu untuk menjadi mangsa rebound si dia kerana kamu layak mendapat yang lebih baik.

 

Foto: Google,123rf.com/Artikel asal: Ana C. Pascual

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor