Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

8 Jenis Lelaki Kamu Jumpa Di Tinder

Baru tiga hari register akaun profil di Tinder, Cosmo sudah mendapat 66 matches. Daripada kesemua matches itu, mereka berkongsi lapan ciri-ciri yang sama. Baca untuk tahu siapakah hasil ‘pancing’ Cosmo…

1) Si Hipster

Dia fikir bahawa dirinya ‘unik’ dan ‘berbeza’ daripada semua orang di dunia ini (walaupun kamu boleh tunjuk atau kenal 10 lelaki hipster lain yang sama sepertinya). Segala yang mainstream adalah tidak cool dan dia sering pilih alternatif lain untuk restoran, kelab dan muzik, malah kawan-kawannya fikir kamu terlalu biasa daripada kelompok mainstream (“She shops at Zara, dude!”). Mereka sebenarnya sangat baik walaupun ada kalanya bersikap sedikit pelik dan menjengkelkan.

 

2) Wefie Guy

Entah apa sebabnya ada saja jenis lelaki yang hanya tunjuk gambarnya bersama beberapa teman ataupun lebih teruk lagi, sekumpulan! Perkara ini membuatkan kamu sukar untuk agak yang mana satu si dia sebenarnya. Yalah, jika semua gambar dia bersama kelompok yang sama, bagaimana kamu mahu tahu? Creepy, right? Lagipun, kenapa kamu hanya guna gambar berkumpulan di Tinder? Hmm, pasti ada sesuatu.

 

3) Jejaka ‘Whattt?!’

That one guy that has pictures dressed as a unicorn and has the weirdest bio ever! Bio profilnya adalah sesuatu seperti, “Let’s ride the unicorn and giggle, giggle”. Sangat pelik! Walaupun karakternya seperti itu, dia merupakan the funniest guy to talk to dan sebenarnya sangat berbaloi untuk kamu swipe kanan. Mungkin tidak memenuhi kriteria lelaki idamanmu, tapi dia boleh jadi seorang teman yang menceriakan tidak kira jika kamu sedih atau tengah marah.

 

4) Jenis ‘Saya Seorang Traveller’

Dalam erti kata lain, lelaki ‘I’am so culturally educated’. Lelaki yang angap bercuti di Bali dan duduk di resort mewah adalah perkara yang bosan kerana kamu tidak ‘experience the real life’ dan budaya Bali. Baginya, lebih baik duduk saja di Malaysia dan tempah hotel mewah di sini (seriously whatever dude!). Ke mana saja kamu mengembara di dunia ini, dia sering lakukannya lebih ‘hebat’ daripada kamu dan ada saja ceritanya yang lebih ‘cool’ daripada cerita kamu. Well done bro but we don’t care.

 

5) Mamat Lirik

Segala tentangnya adalah lirik lagu termasuk bio di profilnya! Bila kamu match dengannya, dia hanya akan berborak menggunakan lirik lagu dan sering berbual perkara lucu. Lelaki seperti ini Cosmo sifatkan sebagai ‘smooth joker’. Pandai melawak tapi dapat ‘mencairkan’ hati kamu dengan lirik-lirik lagu. Besar kemungkinan dia bukan seorang musician tapi cinta pada muzik.

 

6) The Sexter

This is a big no! Mereka ini adalah jenis lelaki yang sangat ketara dan paling jelas untuk dinilai. Lelaki yang menggunakan medium Tinder hanya untuk satu perkara saja – seks! Dia tidak akan cuba untuk ajak kamu makan malam dan berjanji temu, tapi hanya ‘Netflix and chill’. Mereka tidak bazirkan masa dengan small talks dan akan terus mengejar ‘habuannya’. Be careful girls!

 

7) Lelaki Yang Punyai BFF Wanita

Teman baiknya seorang wanita yang sangat cantik, nampak baik dan ada dalam setiap gambar yang dimuat naik di akaun Tindernya. Mungkin wanita itu adalah dream girl atau dia mencari seseorang yang sama sepertinya (kerana wanita tersebut friend zoned atau bekas teman wanitanya). That girl is his standards. Dia adalah seorang lelaki yang sangat baik, cuma sedikit tidak yakin pada diri sendiri dan berharap wanita dalam gambar tersebut akan menjadi buah hatinya satu hari nanti.

 

8) Gym Guy

Half-naked pictures everywhere! Dia seorang lelaki yang gemar beraktiviti sihat dan hanya akan swipe right pada ‘fit girl’ yang juga obses terhadap kesihatan, otot dan gim seperti dirinya. Gambar-gambar di profilnya kebanyakannya jenis ‘tayang otot’ di gim, di dalam bilik mandi, memegang protein shake dan di tepi pantai. Semuanya pasti gambar half-naked seolah-olah ia sesuatu yang biasa.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert