Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
menstrual pain

8 Cara Mujarab Legakan Senggugut

Bermacam cara kamu dah cuba, tapi sakitnya langsung tak reda. Nah, petua Cosmo ini boleh bantu kamu atasi senggugut dengan petik jari saja.

 

menstrual pain

 

1. Letakkan heating pad atau botol berisi air panas di pusat kamu. Untuk kebanyakan wanita, petua lama ini sangat berkesan. Kehangatan yang dirasai akan merelakskan otot yang tegang dan melancarkan perjalanan darah.

 

2. Ambil pil tahan sakit. Ini akan menghentikan pengeluaran prostaglandin, asid lemak yang menggalakkan kontraksi uterus. Tapi pastikan kamu tidak ada alergi pada ubat-ubatan yang diambil. Jika tidak pasti, minta pendapat doktor.

 

3. Bersenam. Kamu mungkin tak ada tenaga untuk bersenam, tapi penting untuk kamu bergerak. Ini pilihan yang kamu ada:

– Bersenam 30 minit sehari, lima hari seminggu.

– Lakukan moderate intense workouts selama dua jam setengah atau aerobik selama satu jam 15 minit setiap minggu.

Kajian mendapati bersenam dengan kerap akan membantu mengatasi masalah berkaitan haid dalam hanya dua bulan. Paling berkesan adalah senaman outdoor kerana cahaya matahari dan pergerakan akan menggalakkan penghasilan serotonin, hormon yang melegakan kesakitan.

 

4. Ambil pil perancang. Ia akan menipiskan lapisan dalam uterus, jadi kurang kontraksi akan terhasil ketika kamu datang bulan. Minta pandangan doktor mengenai pil yang sesuai untuk kamu.

 

5. Ubah diet. Mengambil 20 gram serat dalam sehari boleh mengurangkan senggugut dan sakit belakang akibat haid kerana serat turut mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Jadi, makan lebih hidangan berserat seperti buah, sayur dan bijirin penuh.

 

6. Sapu minyak calendula di perut. Ia membantu melegakan senggugut kepada 81 peratus wanita dalam masa 20 minit. Calendula atau pot marigold kaya dengan bahan-bahan penenang otot yang mudah diserap oleh kulit.

 

7. Urut buku lali. Urutan ini berdasarkan acupressure atau terapi tekanan untuk merangsang penghasilan endorfin, satu lagi hormon yang membantu melegakan kesakitan. Duduk dengan selesa dan posisikan tapak kaki menghadap satu sama lain. Urut di bawah lengkungan buku lali menggunakan ibu jari selama tiga minit.

 

8. Berehat. Tahap stress yang tinggi akan memburukkan lagi simptom, jadi tariknafas dalam-dalam dan dapatkan tidur yang cukup untuk tenangkan tubuhmu.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Stephanie Shi

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor