Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
8 Ayat Ini Boleh Cetus Pergaduhan Antara Kamu Dan Pasangan, Jadi Elakkan!

8 Ayat Ini Boleh Cetus Pergaduhan Antara Kamu Dan Pasangan, Jadi Elakkan!

Kadangkala emosi menguasai diri hingga kamu tak sedar, sebaris ayat pedas boleh buat hubungan kalian berantakan. Cosmo kongsikan ayat-ayat yang tak patut kamu ucapkan kepada suami mahupun teman lelaki kamu. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

8 Ayat Ini Boleh Cetus Pergaduhan Antara Kamu Dan Pasangan, Jadi Elakkan!

Foto: Shutterstock.com

1. “Ceraikan saya!”

Ayat ini memang pendek tapi membinasakan. Berhati-hati, jika kamu sering ucapkannya, ia boleh menjadi tabiat. Bila bergaduh saja pasti ayat ini akan keluar dari bibir kamu. Tapi cuba fikir, kamu yakin boleh hidup seorang diri? Lelaki memang pantang dengar ayat ini kerana mereka terasa seakan dicabar. Jika si dia hilang sabar, pasti hajat kamu itu akan dimakbulkan. Awas!

 

2. “Saya okey.”

Kalau kamu tak okey, kenapa nak nafikan? Bagi lelaki, amat jelik bila lepas bergaduh, kamu katakan “I’m okay” atau “I’m fine” tapi sejam kemudian, muka kamu masih lagi masam mencuka. Kalau masih rasa marah, mengaku saja. Pandailah si dia memujuk kamu nanti…

 

3. “You ini tak ubah seperti mak ayah you!”

Cosmo bimbang sebaris ayat ini membuatkan pasangan kamu rasa tertekan dan lebih teruk, mengadu pada ibu bapanya. Manalah tahu, kan? Elakkan nama ibu bapanya masuk dalam pertelingkahan kalian. Jejaka memang pantang bila pasangannya menggunakan ibu ayah sebagai umpan untuk terus bertikam lidah.

 

4. “Awak ini bla bla bla bla…”

Mengapa kamu suka bandingkan si dia dengan orang lain? Kesalahan paling besar adalah bila kamu suka membandingkan si dia dengan teman sekerja atau suami teman baik. Tak cool langsung! Sebelum kamu bandingkan si dia dengan sesiapa pun, si dia adalah pilihan kamu. Mengapa memuja jejaka lain? Memuji suami rakan daripada suami sendiri bakal mengundang rasa tak selesa dan lebih teruk lagi pasangan akan berasa kecil hati.

 

5. “Tengok, anak-anak pun takut dengan awak.”

Jangan berbalah di hadapan anak. Untuk pasangan yang baru dapat cahaya mata, bukankah kamu patut tunjuk tauladan yang baik di hadapan anak kecil? Kamu dan si dia adalah idola mereka. Untuk kamu, janganlah asyik tuding jari pada si dia. Lihat kelemahan diri juga ya. Pasti si dia baran jika kamu terus-terusan menyalahkan si dia.

 

6. “Semua ini salah you!”

Dalam sebuah perhubungan, ada kamu dan dirinya. Jadi mengapa kamu perlu menyalahkan sebelah pihak saja? Pendapat Cosmo, setiap kali kalian bergaduh kedua-duanya patut dipersalahkan. Jika si dia ego, apa kata kamu yang bertolak ansur.

 

7. “Awak selalu lambat dan pemalas..”

Mengapa kamu sering mengungkit hal sebegini? Si dia tak cukup bertanggungjawab ke hingga kamu tergamak melontarkan ayat pedas ini? Pasti si dia fikir kamu tak tahu menghargainya penat lelahnya. Lama-lama dia akan bosan bila tak dihargai orang tersayang dan mengambil langkah untuk putuskan hubungan.

 

8. “You tak sayangkan I lagi..”

Tak bermakna sayang itu perlu diucap dengan kata-kata. Sayang mempunyai definisi luas seperti tanggungjawab dan komitmen ketika menjaga kamu. Janganlah kamu rasa si dia tak ucap perkataan romantis, bererti si dia tak sayang, okey?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor