7 Tip Mudah Untuk Kekal Langsing - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
7 Tip Mudah Untuk Kekal Langsing

7 Tip Mudah Untuk Kekal Langsing

Kajian menunjukkan tabiat ini mampu menghalang berat badan daripada meningkat. Mula-mula mungkin susah, lama-lama petik jari saja!

 

7 Tip Mudah Untuk Kekal Langsing

Foto: Shutterstock.com

 

1. Mesti sarapan. Cuba bijirin atau roti gandum, boleh kenyang untuk jangka masa yang lama.

2. Hadkan makanan segera. Burger, kentang goreng dan piza? Hanya seminggu sekali.

3. Timbang berat badan setiap dua hari. Barulah kamu boleh kawal pengambilan makanan harian.

4. Elak makan depan TV. Bila dah seronok layan drama, susah nak berhenti mengunyah.

5. Makan yogurt dan minum susu. Atau makan pil kalsium kerana kekurangan nutrisi itu boleh buat kamu makan lebih.

6. Elak minuman manis. Minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

7. Pilih kualiti dari kuantiti. Makan real food (bebas lemak tidak sihat, bebas minyak) dalam jumlah yang sewajarnya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor