Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
unhealty snacks

7 Snek ‘Sihat’ Yang Sebenarnya Tidak Sihat

Bermula dengan sayur-sayuran segar, buat pertama kalinya…

Dengan cara yang betul, snek boleh menahan lapar, mengisi tahap tenaga dan menyediakan sumber nutrisi yang sihat. Dengan cara yang salah, snek boleh membuat kamu penat, lesu dan lapar dari yang biasa sebelum ini, dan juga penuh kalori kosong yang tidak mengenyangkan.

 

unhealty snacks

1. Jus hijau dalam botol

Walaupun kamu rasa kamu mendapat nutrisi dalam satu minuman, sebenarnya kamu mengambil gula dalam jumlah yang besar. A Naked Juice Superfood Green Machine (450ml) mengandungi 50g gula – bersamaan dengan 12½ sudu teh – dalam satu minuman. Walaupun ia daripada bahan semula jadi, serat dalam buah-buahan dan sayuran telah dibuang apabila dijadikan jus, gula ini mengalir dalam darah kamu seperti satu beg gula-gula.

Lebih baik memilih buah-buahan atau sayuran seperti lobak merah, timun dan saderi. Ia rendah gula dan membantu untuk mengekalkan tahap tenaga. Campurkan buah-buahan dengan yogurt atau kacang dan sayur-sayuran dengan dip seperti hummus atau tzatziki untuk hunger-zapping protein.

 

43151372 - rice cake, puffed rice on table cloth

2. White rice cakes

Ia sudah lama dikenali sebagai ‘diet food’ kerana kandungan kalori rendah dan zero fat, tapi sesiapa yang bergantung kepadanya akan tahu yang sebenarnya ia tidak berkhasiat buat dirimu. Ia mempunyai GI (glycaemic index) yang tinggi, bermakna ia mengandungi karbohidrat yang diserap ke dalam alirah darah kamu dengan cepat, membuatkan gula dalam darah kamu menjadi rollercoaster. Ia memberikan kesan buruk untuk tahap tenaga, rasa lapar dan berat badan.

Lebih baik memilih kek oat – lebih tinggi dengan serat, vitamin dan mineral yang diperbuat daripada bijirin penuh supaya mempunyai GI yang rendah, dan tidak akan menjejaskan gula dalam darah begitu banyak. Gabungkan sumber protein seperti kacang mentega atau keju lembut.

 

26091268 - granola bar on wooden background

3. Bar tenaga/protein

Snek on-the-go memudahkan kamu untuk menikmatinya, tapi ada sesetengah jenama mengandungi gula yang tinggi (jika tidak lebih) dari satu Mars bar. Jangan anggap label seperti ‘natural’ atau ‘raw’ membuatkan ia sesuai untuk kamu. Bar seperti ini biasanya dipenuhi dengan buah-buahan yang kering, madu dan sirap lain yang mengandungi gula, kalori yang tinggi dan membuatkan kamu lebih inginkan benda manis.

Lebih baik memilih segenggam kacang mentah. Protein membuatkan kamu kenyang dan mengawal tahap gula dalam darah.

 

42009575_s

4. Diet Coke

Minuman diet bebas gula tapi sebaliknya mengandungi pemanis tiruan seperti aspartame, setiap gram boleh menjadi 13,000 kali lebih manis daripada gula. Kerap mengamalkan pemanis boleh meningkatkan keinginan kamu untuk benda manis dengan menghantar mesej yang sama kepada otak kamu dan ini sebenarnya boleh menjurus kamu untuk makan makanan ringan lebih manis sepanjang hari. Mereka mungkin dilabelkan ‘diet’, tapi sebaliknya beberapa kajian menunjukkan pemanis tiruan boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Lebih baik memilih still atau sparkling water dan tambah buah-buahan segar (oren, lemon, strawberi dan pudina) untuk perisa.

 

40801453 - natural homemade yogurt closeup. selective focus

5. Yogurt rendah lemak

Lemak dalam rasa yogurt memang enak, dan apabila ia dikeluarkan dari produk, pengeluar makanan tahu bahawa mereka perlu menggantikannya dengan sesuatu yang lain untuk membuat makanan yang sedap. Benda lain biasanya digantikan dengan gula. Sebagai contoh, dalam bekas kecil lemon yogurt rendah lemak (bunyi sihat,kan?) mengandungi gula 23g – bersamaan dengan hampir 6 sudu teh. Manakala kira-kira 10g yang berasal dari susu itu sendiri, yang masih lebih 3 sudu teh gula tambahan, yang dianggap sebagai snek ‘sihat’.

Lebih baik memilih yogurt asli probiotik dan tambah buah-buahan segar kamu sendiri untuk rasa manis.

 

42871316 - abstract view of the dried fruits in a wooden spoon

6. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering ini biasa ditemui di kebanyakan kaunter kedai kopi, dan nampak seperti snek pilihan orang ramai. Kamu tak akan duduk dan makan semangkuk 10 aprikot dalam satu masa, kan? Ia sangat mudah untuk makan 10 aprikot (atau lebih) kering pada satu masa. Buah-buahan kering okey dalam jumlah yang kecil, ia lebih mudah untuk makan secukupnya – dan ini menyediakan jumlah gula yang besar. Di samping itu, beberapa buah-buahan kering telah ditambah gula dan pengawet.

Lebih baik memilih bungkusan yang mengandungi sedikit buah-buahan kering, kacang campuran dan bijirin. Lebih tinggi dalam protein, kurang gula, dan akan membuat kamu kenyang lebih lama.

 

51111993_s

7. Kerepek sayur-sayuran

Jangan terpedaya dengan perkataan ‘sayur-sayuran’. Dari segi kalori dan lemak, ini sama banyak dengan kerepek biasa. Kerepek veggie biasanya di goreng dengan minyak sama seperti kerepek lain, ia mempunyai lemak tepu yang tinggi dan tambahan garam. Apabila sayur-sayuran diproses menjadi kerepek, banyak vitamin dan nutrien akan hancur juga.

Lebih baik memilih satu tapak tangan besar kacang edamame segar, yang kaya dengan protein yang akan membantu kamu kenyang tanpa lebihan kalori.

 

Tip berguna untuk menjadi ‘celik’ snek:

  • Apabila kamu melihat pada label makanan, beri perhatian kepada barisan ‘gula yang mana’. Sebagai panduan mudah, 4g bersamaan dengan 1 sudu teh gula. Pengambilan harian yang dicadangkan mengambil gula tidak lebih daripada 25g sehari untuk orang dewasa – sama dengan 6 sudu teh.
  • Berhati-hati dengan fakta bahawa gula mempunyai banyak nama samaran yang berbeza. Perhatikan nama-nama yang berakhir dengan ‘ose’ (contoh frucose, maltose, sucrose) dan mana-mana sirap (contoh sirap maple, sirap beras). Semua ini adalah gula.

 

Foto: 123rf.com/Artikel Asal: Naomi Mead (cosmopolitan.co.uk)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor