Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Senaman Sempurna Untuk Kamu Yang Tak Suka Bangun Pagi

Kalau kamu susah bangun pagi, asyik snooze sebanyak 17 kali padahal baju senaman sudah tersedia semalam dan kononnya berangan-angan nak mula spin class 7 pagi, mungkin kamu perlukan senaman minimal-effort (yang sebenarnya membuatkan kamu lebih kuat).

Pergerakan yoga-inspired ini: ambil masa kurang 15 minit, dan tidak menggunakan apa-apa equipment langsung, tapi dilakukan di dalam kamar kamu penuh selesa. Pergerakan agak perlahan tapi kamu tetap membakar otot — Selesa sahaja, kamu bertenaga sepanjang hari.

Bagaimana melakukannya: Perlahan-lahan ikuti urutan pergerakan di bawah. Ulang urutan tersebut tiga kali.

1. Mountain to Forward Fold

Mulakan dengan posisi berdiri, dengan kaki bersama dan tangan di sisi. Angkat tangan lurus melepasi kepala. Kemudian bongkok dan jatuhkan tangan ke lantai (serapat mungkin).

2. Fold and Twist

Dari kedudukan forward fold, letak tangan di lantai, angkat tangan kanan ke atas. Tahan untuk tarik nafas. Kembali pada kedudukan asal, ulang kedudukan sebelah lagi.

3. Downward Dog to Modified Upward Dog

Bawa tangan berjalan ke depan dalam posisi downward dog, pinggul mengarah ke atas. Perlahan-lahan bawa spin ke depan dalam posisi plank, jatuhkan pinggul ke lantai dengan pandangan ke atas dalam upward dog. Untuk kembali posisi asal, squeeze bahagian core kamu dan angkat pinggul ke atas.

4. Moving Lizard

Buka langkah kaki kanan ke depan dalam posisi low lunges dengan kaki di luar tangan kanan kamu. Tahan untuk mengambil nafas, kemudian luruskan kaki kiri. Kembali pada kedudukan asal sebelum kembali pada langkah downward dog, dan ulang pada bahagian sebelah lagi.

5. Alternating Fallen Triangle

Dari downward dog, bawa lutut kanan ke dada. Unjurkan kaki kanan keluar ke bahagian kiri, angkat tangan kiri ke udara. Kembali pada kedudukan asal, kemudian ulang pada bahagian sebelah lagi.

6. Twisted Lunge Variation

Masih kedudukan downward dog, buka langkah kaki kanan ke depan dalam kedudukan low lunge. Kekalkan tangan kiri di lantai, angkat tangan kanan ke atas untuk twist. Pusing belakang arah tengah, angkat tangan kiri bertemu tangan kanan. Tahan dan tarik nafas, kemudian letakkan tangan kembali ke lantai dan kembali pergerakan awal. Ulang pada bahagian sebelah lagi.

7. Straddle Forward Fold

Dari kedudukan lunge, pusing kaki selari dan pusing ke sebelah dalam kedudukan straddle. Hinge bahagian pinggul dan rendahkan badan sehingga tangan mencecah lantai (atau sedekat mampu). Kancing tangan di belakang dan perlahan angkat ke atas. Tahan dan tarik nafas sebelum kembali ke kedudukan asal.

Artikel Asal: ASHLEY MATEO
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com