Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Senaman Mudah Ab Jadikan Tubuh Adele Semakin Cantik

Suara kamu tidaklah semerdu pemenang Grammy Adele, tapi setidak-tidaknya kamu boleh bersenam sepertinya.

Foto: Thegrapejuice

Kita mudah jatuh cinta dengan Adele kerana gaya hidupnya yang ringkas terutama berkaitan fitness: Lihat sahaja gambar dikongsi dalam Instagram peribadinya bagaimana perasaannya saat bersenam.

Sama seperti kita, penyanyi itu meletakkan fitness goals: “Untuk dapatkan bentuk tubuh, bukan bersaiz zero atau sepertinya,”ujarnya dalam Rolling Stone 2015. Jadi untuk apa dia bersenam?

getting ready…

A post shared by Adele (@adele) on

Bagaimana dia mampu melakukannya? Jurulatih Selebriti Pete Geracimo berkongsi senaman plank mudah dilakukan kliennya termasuk Adele ketika temu ramah dengan People.

Ugh, kenapa perlu menggunakan planks? Ya, kata Geracimo. “Saya suka planks dan planks berkesan. Kerana bagi kamu yang punya masalah belakang, melakukan tekan tubi tidak membantu.”

Okay, mungkin ada kebenaran kata-katanya.

Bagi klien seperti Adele (dia membantu rutin senaman Adele ketika 25 worldwide tour), Geracimo menekankan membina core yang kuat paling utama sebelum lain-lain.

“Asas senaman saya bermula pada core dan kemudian work peripherally, kerana itulah asas bagi kekuatan dan kesejahteraan kamu,” ujarnya pada People. “Pada saya, bukan semua berkaitan otot. Senaman sepatutnya bertujuan mengubah kehidupan, bukan jadi sempadan, dan jika anda hanya melakukan bina badan, kamu memendekkan semua otot dan tiba-tiba matlamat utama pun berkurang.”

Toronto, ON / Oct 4

A post shared by Adele (@adele) on

Bagaimana Melakukan ‘Seven Minutes in Heaven’ Senaman Ab Seperti Adele?

Okay, Geracimo membahagikan pergerakan asas senaman ab ini langkah demi langkah, minit demi minit, agar kamu mudah melakukan senaman ‘Seven Minutes in Heaven’ di rumah sahaja.

Minit 1: Classic hand plank hold

“Bermula pada tangan, dengan mengunci lengan dan tegakkan tubuh,” ujar Geracimo.

Minit 2 dan 3: Side planks

“Minit seterusnya, teruskan pada bawah lengan, dan pusing ke sisi,” ujarnya lagi. “Kamu boleh angkat lengan sedikit atau rehatkan di pinggul. Kemudian tukar pada sebelah satu lagi selepas seminit.”

Minit 4: Forearm plank

“Lakukan pergerakan ini seminit, tapi selain memegang dengan tangan, rendahkan sedikit pada aras lengan kamu.”

Minit 5: Table plank

“Lakukan table hold, kamu duduk dengan dada mengadap ke atas, dengan lutut dibengkokkan, dan tekan punggung dengan lengan ke bawah sehingga lantai.”

Minit 6: Dish plank

“Baring terlentang, angkat kaki, lengan dan bahu ke atas. Unjurkan jari kaki dan pegang kaki dalam kedudukan 45 darjah.”

Minit 7: Superman

“Baring meniarap, bergerak arah bertentangan, angkat tangan dan kaki tetapi biarkan bahagian core di lantai.”

“Ujian paling bagus saya berikan dan melihat bagaimana mereka mengikutinya,” ujarnya. “Sesetengan orang berhenti pada saat ke 10, kerana mereka mula menggigil. Tak mengapa, andai jatuh, biarkan. Jangan lupa bernafas.”

Tidak Mecabar Langsung?

“Sekiranya kamu mahukan cabaran, maksimum lakukan 10 hingga 15 saat sebelum melakukan langkah seterusnya,” kata Gercimo. “Namun jika kamu sudah bagus, jangan rehat, lakukan peringkat demi peringkat. Bila dah mula, lakukna 10 saat setiap satu, jadi kamu lakukan 70 second of heaven. Dan, lakukan lebih lama lagi selepas itu.”

Dengan tujuh minit sahaja, wanita sesibuk mana sekali pun mampu melakukannya. Time to get started!

From: Dr. Oz The Good Life