Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Sebab Kamu Hilang Fokus

Otak ‘tepu’ dan tahap fokus ‘ke laut’ memang boleh buat kamu naik gila. Cosmo kongsi mengapa kamu tidak boleh fokus dan bagaimana untuk kosongkan mindamu. 

Foto: Shutterstock.com

Apabila kamu tidak boleh fokus, penyelesaiannya bukanlah secawan kopi semata-mata. Gangguan atau kekaburan mungkin cara tubuh kamu beri isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Pastikan minda kamu terlatih pada satu tugasan saja kerana otak kamu dipenuhi dengan neurotransmitter dan hormon yang kompleks, jelasnya. Baca lebih lanjut untuk ketahui perkara mengejutkan yang mengganggu kebolehan kamu untuk kekal fokus dan keep your head in the game.

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

6) SENARAI TO-DO-LIST YANG TIDAK JELAS

Jika senarai to-do-list kamu ditulis dengan terma umum dan tidak spesifik, seperti “Habiskan pembentangan hari ini,” kamu tidak memberi otak kamu gambaran terhadap apa yang diperlukan untuk kekal fokus, kata Oksana Hagerty, PhD, pakar pembelajaran di Beacon College. Sebaliknya, tulis tugasan individu seperti, “Tambah statistik pada pengenalan” dan “copy-edit slides.” Anggap to-do-list sebagai komitmen, kata Hagerty. “Kegagalan untuk melaksanakan komitment itu boleh memberi kesan negatif pada rasa hormat diri sendiri.” Untuk elakkannya, bahagikan item kepada penting dan tidak berapa penting. Ia boleh bantu kamu utamakan apa yang perlu kamu siapkan terlebih dahulu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert