Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Sebab Kamu Hilang Fokus

Otak ‘tepu’ dan tahap fokus ‘ke laut’ memang boleh buat kamu naik gila. Cosmo kongsi mengapa kamu tidak boleh fokus dan bagaimana untuk kosongkan mindamu. 

Foto: Shutterstock.com

Apabila kamu tidak boleh fokus, penyelesaiannya bukanlah secawan kopi semata-mata. Gangguan atau kekaburan mungkin cara tubuh kamu beri isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Pastikan minda kamu terlatih pada satu tugasan saja kerana otak kamu dipenuhi dengan neurotransmitter dan hormon yang kompleks, jelasnya. Baca lebih lanjut untuk ketahui perkara mengejutkan yang mengganggu kebolehan kamu untuk kekal fokus dan keep your head in the game.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) SENSITIVITI MAKANAN

Menurut kajian daripada Frontiers in Neuroscience, dalam banyak-banyak orang yang senang hilang fokus adalah mereka yang menghidap penyakit celiac (di mana ia mengeluarkan reaksi autoimmune terhadap gluten, protein yang terdapat dalam gandum, barli dan rye) atau sensitiviti terhadap makanan bersusu dan soya. Makanan tersebut menaikkan keradangan dan menyebabkan otak kamu ‘kabur’. Ujian darah boleh kenal pasti sensitiviti makanan. Apabila kamu sudah tahu apakah penyebabnya, ia hanya akan mengambil masa selama 72 jam (atau enam minggu!) untuk mula rasa kurang kabur dan lebih fokus, kata Michelle Mudge-Riley, DO, pakar perubatan dan pemakanan berdaftar di San Antonio, Texas. Peraturan umum, minum lebih banyak air, kata Michael Russo, MD, pakar bedah di Fountain Valley, California. Jika perut kamu sukar untuk menghadamkan beberapa sumber makanan, dehidrasi akan menyukarkannya lagi. Kekurangan H2O boleh menjejaskan ingatan, memori dan menyebabkan keletihan serta pening kepala – none of which will help you focus.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert