7 Petanda Kamu Obses Dengan Media Sosial - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
7 Petanda Kamu Obses Dengan Media Sosial

7 Petanda Kamu Obses Dengan Media Sosial

Cosmo tahu kamu tak ada diari (ya, ini kan 2019!), tapi tak bermakna kamu boleh luah dan kongsi setiap butiran perjalanan hidup kamu dalam media sosial! Jika kamu mempunyai petanda-petanda ini, sudah tiba masanya kamu simpan telefon bimbit kamu dalam safety box dan kunci baik-baik agar ‘penyakitmu’ ini tidak melarat.

Foto: Shutterstock.com

1. Kamu miliki semua akaun media sosial dan aktif setiap hari. Sebut saja Snapchat, Instagram, Facebook, Twitter, Tmblr, Flickr dan sebagainya, semua kamu ada!

2. Akaun kamu penuh dengan gambar diri sendiri, sama ada selfie atau OOTD. Dan ya, posting minimum kamu 10 hingga 15 gambar sehari.

3. Bukan setakat teman lelaki dan rakan-rakan, orang sekeliling yang lalu-lalang juga selalu dijadikan mangsa untuk merakam foto kamu.

4. Ke mana saja kamu pergi, kamu takkan pernah miss untuk check in – walaupun ketika ke kedai runcit sebelah rumah!

5. Kamu tidak lagi mempunyai privasi kerana segala hal peribadi termasuk pertengkaran dengan teman lelaki dan frenemy pun kamu gemburkan di media sosial.

6. Untuk dilihat sebagai seorang yang popular, kamu ‘add’ semua mutual friends yang kamu sendiri pun tak kenal.

7. Selalu mengeluh di media sosial tentang keperitan hidup, seakan kamu insan paling menderita di dunia ini. Ugh!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor