Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 6

Kamu perlu melakukan regangan sebelum mulakan senaman.

KEBENARAN

Melakukan regangan sebelum otot kamu warmed up sebenarnya boleh mengurangkan tenaganya. “Kajian menunjukkan regangan statik (di mana kamu melakukan regangan sama selama 10-20 saat) boleh menukar sistem neuromuskular kamu selama 90 minit, membuatkan kamu berasa relaks dan lesu – bertentangan dengan apa yang kamu mahukan sebelum mulakan senaman,” kata Nick. “Melainkan pakar fisio menyarankan kamu melakukan regangan statik, kamu seharusnya elak daripada melakukan regangan sebelum bersenam – ia boleh menyebabkan kecederaan jika otot kamu belum benar-benar warmed up. Sebaliknya, lakukan gerakan yang seakan dengan senaman yang bakal kamu lakukan. Tetapi dengan cara perlahan dan kurang intensiti (ini merangkumi regangan dinamik seperti kicks dan lunges), kemudian secara beransur-ansur meningkatkannya dalam beberapa minit.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor