7 Mitos Senaman - Terbongkar! - Page 5 of 7 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 5

Lebih kerap kamu bersenam, lebih baik.

KEBENARAN

Otot kamu juga memerlukan rehat untuk pulih dan membaiki selepas senaman. “Jika kamu terlebih bersenam, kamu akan mengalami keletihan di mana ia mengakibatkan teknik yang lemah serta kecederaan,” kata Jackie. “Terlebih bersenam juga akan mengubah cara tubuh kamu menggunakan sumber tenaga – bermakna ia akan mula menggunakan otot sebagai sumber tenaga dan bukannya lemak ataupun karbohidrat tubuh. Ia juga boleh merangsang tekanan hormon kortisol, yang terbukti dapat meningkatkan kadar lemak di perut. Jika kamu mencapai tahap di mana kamu boleh melakukan pelbagai senaman pada masa yang sama – katakan tiga kelas latihan berderet – kamu perlu tanya dirimu jikalau ia benar-benar mencabar tubuhmu. Ia jauh lebih baik untuk bersenam secara bijak daripada secara berlebihan dan membenarkan tubuhmu berehat sekurang-kurangnya satu hari seminggu – paling minimum.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor