Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 4

Lebih lama kamu bersenam, lebih banyak kamu membakar lemak.

KEBENARAN

Ia bukan dek kerana tempoh masa senaman kamu – intensiti merupakan perkara yang jauh lebih penting. “Kamu masih membakar lemak walaupun melakukan senaman yang kurang intensiti kerana tubuhmu akan menggunakan tenaga daripada lemak tepu,” kata Nick. “Tetapi kamu akan lihat perubahan ketara jika kamu melakukan senaman berintensiti tinggi pada jangka masa yang singkat. Ia menggunakan karbohidrat dan glycogen tubuhmu di mana ia meningkatkan kadar metabolisme supaya kamu membakar lebih banyak kalori sehingga 24 jam. Sewajarnya kamu melakukan kedua-dua senaman berintensiti tinggi dan rendah untuk keseluruhan tubuh.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor