Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 3

Lebih baik untuk berlari di atas treadmill daripada di luar kerana ia memberikan kurang tekanan kepada lutut kamu.

KEBENARAN

Berlari di atas treadmill merupakan corak yang berulang dan ia dapat meningkatkan lagi risiko kecederaan kamu. “Ramai jurulatih peribadi menyarankan senaman larian di atas treadmill, mereka percaya bahawa ia lebih lembut dan memberikan impak yang kurang kepada sendi kamu,” kata jurulatih larian Saucony UK, Nick Anderson (Runningwithus.com). “Tetapi hakikat bahawa permukaannya begitu rata, ia membuatkan kaki kamu terletak pada posisi yang sama secara berulang dan menumpukan tekanan pada bahagian yang sama. Ia jauh lebih baik untuk berlari pada permukaan yang sedikit berubah-ubah seperti di atas rumput supaya kaki kamu berubah posisi setiap kali.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor