Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 2

Senaman Sit-up dan crunches akan buat kamu perut kempis.

KEBENARAN

Segala jenis crunches di dunia ini tidak akan memberikan kamu perut yang kempis jika ia tersembunyi di sebalik lapisan lemak. “Jika kamu mempunyai kadar lemak visceral yang tinggi (lemak abdomen sekeliling organ) di dalam tubuh kamu, melakukan senaman sit-up sahaja tidak mencukupi,” kata Jackie. “Perut yang kempis sebenarnya bermula dari dapur kamu dengan mengamalkan diet yang sihat. Kamu juga memerlukan kombinasi senaman kardiovascular untuk membakar lemak serta latihan ketahanan tubuh untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor