Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Mitos Senaman – Terbongkar!

Kamu percaya akan mitos senaman yang sering diberitahu? Jika ya, ini masanya kamu ketahui yang mana benar dan yang mana salah!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MITOS 1

Jika kamu tidak mengeluarkan peluh yang banyak ketika bersenam, bermakna kamu tidak bersungguh melakukannya.

KEBENARAN

“Berpeluh tidak semestinya indikator kepada pengerahan tenaga, ia bertindak sebagai secara semula jadi menyejukkan tubuh badan,” kata jurulatih Women’s Health. Jackie Diss (Jackiediss.co.uk). “Kebenarannya ialah apa juga aktiviti yang kamu lakukan merupakan sesuatu yang bagus. Pilates, yoga malah senaman ketahanan juga tidak semestinya akan membuatkan kamu berpeluh tapi ia masih lagi mampu untuk membakar kalori dan membantu kamu mendapatkan tubuh yang lebih cergas dan sihat. Apabila kamu lebih tumpukan kepada senaman yang lebih terkawal latihannya, fokus kamu seharusnya cenderung kepada menguasai teknik dan bukan risaukan jika kamu meningkatkan kadar degupan jantung kamu.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor