7 Kualiti Teman Baik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
friends

7 Kualiti Teman Baik

Kawan datang dan pergi, tapi hanya teman baik dan sejati yang mampu tinggalkan kesan di hati kamu. Cosmo senaraikan tujuh kualiti terbaik teman sejati…

friends

 

1. Berpegang Kepada Janji ‘Demi Kamu’

Memang ada teman yang kadangkala buat tak endah dengan kata-katamu, tapi temanmu yang satu ini memang berbeza. Kalau dah berjanji dia akan tepati walaupun sedang sibuk. Jadi pastikan kamu juga mampu beri layakan sama kepadanya.

2. Sanggup Luangkan Masa ‘Bersama Kamu’

Tak ramai sanggup luangkan masa bersama teman. Tapi kalau betul dia teman sejati, dia pasti sanggup berada di sampingmu saat susah dan senang. Teman tak sejati? Biasanya terus lesap bila kamu beri hint dilanda masalah!

3. Jadi Pendengar Setia ‘Buat Kamu’

Kalau ada teman yang fokus mendengar luahan hatimu tapi selepas lima minit dia sudah tersengih-sengih seorang diri, sah, fikirannya sudah melayang ke tempat lain. Jadi bila dapat teman yang sudi mendengar masalahmu dan beri nasihat berguna untuk ringankan bebanmu itu, jangan sia-siakan dirinya.

4. Beri Layanan Istimewa ‘Kepada Kamu’

Cuba lihat bagaimana layanan yang kamu terima daripada teman baikmu. Adakah kamu melayannya dengan rasa hormat dan penuh perhatian? Kalau begini layanan diterima, dah tentu kamu juga harus layanan eksklusif kepadanya. Kalau dapat teman bermuka-muka dan sanggup tikam belakang, tinggalkan saja.

5. Sentiasa Berterus-terang ‘Kepada Kamu’

Dia suka cakap putar belit? Itu petanda dia tak jujur. Teman baik takkan berbohong sekali pun perkara itu mampu buat kamu terluka. Jika dia silap, biasanya dia akan berterus-terang dan mohon maaf daripadamu.

6. Jadi Penyokong Setia ‘Di Sisi Kamu’

Tak kisah apa saja kamu lakukan, dia akan sokong dari belakang. Walau keluarga dan buah hati tak setuju dengan pilihan kerjayamu, dia tetap jadi penyokong setia dan percaya kemampuanmu seratus peratus!

7. Sanggup Bersusah-payah ‘Kerana Kamu’

Cuba ingat ketika kamu sakit di kolej dulu atau tengah ‘sengkek’, siapa yang sanggup hulurkan bantuan? Siapa lagi kalau bukan teman baikmu! Jadi hargailah dirinya sebagaimana dia menghargai kamu.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor