Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Jenis Kawan Kamu Perlu Ada Di Pejabat

Untuk terus menempa kejayaan, kamu kena tahu dengan siapa nak bergaul. Ini jenis kawan kamu mesti miliki untuk terus produktif di tempat kerja.

Kamu dah mula selesa dengan suasana di pejabat, dan mula meraih perhatian majikan kerana kerja keras dan idea kamu yang cukup hebat itu. Misi kamu seterusnya adalah memiliki geng sekepala di pejabat. Cosmo senaraikan siapa yang wajar kamu dekati untuk membantumu terus maju dalam kerjaya.

1.Si Pembawa Berita

Percaya atau tidak, ‘orang’ jenis ini boleh bantu kamu. Mungkin dia lebih suka habiskan masa melakukan apa saja kecuali bekerja, tapi percayalah, mereka ini yang tahu banyak perkara. Antaranya termasuk siapa yang akan berhenti, siapa yang akan naik pangkat. Kamu boleh gunakan informasi sebegini untuk mengatur strategi agar kamu tahap kamu terus meningkat dalam syarikat. Tapi tak bermakna Cosmo nak suruh kamu pun ligat jadi kaki gosip. Kamu tak perlu turut sama bila dia mengata sesiapa, hanya ‘pinjamkan’ telinga sahaja bila dia bercakap.

2. Si Pengurus Pejabat

Seperti si kaki gosip, berbaik-baik dengan pengurus pejabat bermakna kamu mungkin jadi antara orang pertama untuk tahu jika syarikat ada kekosongan jawatan atau perkara happening lain yang bakal berlaku. Dia ini juga yang bertanggungjawab untuk apa saja keperluan pejabat, termasuk bahan yang kamu perlukan bila diassigned dengan projek mencabar. Sememangnya dia wajar jadi BFF kamu yang baru.

3. Si Intern

Sekarang, dia mungkin seorang pelajar saja. Tapi cuba bayangkan lima ke 10 tahun akan datang? Dia mungkin jadi rakan sekerja atau bekerja di syarikat yang ada kaitan dengan kebolehan kamu. Manalah tahu dia boleh recommend kamu pada majikan barunya untuk jawatan besar di syarikat terbabit. Atau jika dia jadi rakan sekerja, boleh join geng sekepala denganmu.

4. Si Pakar IT

Biasanya, pegawai teknologi maklumat di dalam sesebuah syarikat akan hanya bekerja di balik tabir. Dan kamu pun mungkin hanya berbual dengannya bila perlukannya membetulkan komputer kamu saja. Tak salah untuk berbaik-baik dengannya. Selalu ucapkan terima kasih bila dia selesai membaiki PC kamu. Selepas ini, kalau kamu perlukan bantuan, dia akan memprosesnya dengan lebih cepat.

5. Si Pembantu Bos

Teringin nak dapat peluang untuk peroleh ruang sendiri dalam pejabat satu hari nanti? Silalah berbaik-baik dengan pembantu bos kerana menurut pakar, rakan sekerja kamu ini tahu segala-galanya mengenai jadual ketua kamu itu. Bayangkan ini, pertemuan kamu dengan bos takkan berlaku tanpa pembantu  yang super organized ini. Malah, dia juga boleh percepatkan temu janji kamu dengan bos kalau kamu berjaya masuk her good book tau.

6. Rakan Sekerja Lelaki

Sudah tentu-tentu geng sekepala kamu akan di kalangan wanita dalam pejabat tapi sebenarnya kalau kamu juga mempunyai teman daripada kalangan rakan sekerja lelaki, dan secara platonik, dia boleh berikan kamu perspektif berbeza mengenai apa saja masalah yang dihadapi dalam kerjamu.

7. Si Pengawal Keselamatan

Jangan pandang rendah pada ‘pak guard’ ini ya kerana tanggungjawabnya sangat besar dalam syarikat. Bukan saja dia pastikan keselamatan, tapi dia juga yang memastikan kelancaran lalu lintas kenderaan dan tanpa izinnya, bukan sembarangan orang boleh meletakkan kenderaan di lot pelawat. Jika kamu selalu menegurnya dengan baik, dia mungkin boleh membantu di kala kamu terdesak nak cepat ke mesyuarat penting dan tempat letak kereta paling dekat adalah di bawah seliaannya.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor