7 Cara Pippa Middleton Dapatkan Pinggul Cantik Sebelum Perkahwinannya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Cara Pippa Middleton Dapatkan Pinggul Cantik Sebelum Perkahwinannya

Tidak semudah seperti yang disangka, populariti dan gaya kelas A kakaknya Kate Middleton tidak langsung menggugat dirinya.

Apabila Kate Middleton berkahwin dengan Putera William pada April 2011, Pippa Middleton ketika itu berusia 27 tahun mendapat perhatian ramai. Dia sebagai pengapit membawa hujung gaun kakaknya dan pinggulnya menjadi perhatian lensa dan media.

Kini Pippa berusia 33 tahun berkahwin dengan James Matthews, dilihat sebelumnya bekerja keras bersenam untuk hari bersejarah itu. Berikut adalah rutin dilakukannya dalam tempoh itu:

1. Dia Berlari.

Mengikut laporan E! News, beberapa hari sebelum perkahwinan, Pippa kelihatan berlari dengan tunangnya – sama seperti dia berlari 50-mile dan berenang lebih 13 jam berlumba pada 2015. Tahun lepas, dia ke Cina untuk menyertai larian Great Wall Marathon (Marathon keduanya), dan menang di tempat ke 13 dalam kategori wanita. Tidak diketahui berapa jumlah larian dilakukan sebelum berkahwin, namun ada sumber memberitahu, Pippa mulai fokus pada kardio.

2. Dia dilaporkan mengambil bahagian selama tiga bulan dalam pakej custom bridal health-club.

E! News melaporkan Pippa menyertai Grace Belgravia, pusat wellness dan fitness di London.

Pakej keahlian Grace Bridal termasuk menyertai kumpulan yoga, pilates, regangan, berbasikal, kardio, menari dan kelas meditasi, termasuk sesi jurulatih peribadi. Wakil Grace Belgravia menolak memberi komen pada Cosmopolitan.com sama ada Pippa menyertai kelas tersebut.

3. Mendapat khidmat jurulatih peribadi setiap hari.

Wakil tidak rasmi memberitahu E! News, Pippa mendapat royal fitness treatment: sesi senamna hampir setiap hari (bestnya!).

Sesi dari jurulatih peribadi Grace Belgravia bernilai 70 dan 90 British pounds mengikut tawaran pakej.

4. Dilaporkan juga dia ke kelas Pilates.

Pada April tengah hari Rabu, ada mata melihat Pippa masuk ke KX Gym, sebuah kelab kesihatan peribadi di London. Menurut E! News, dikatakan dia ke sana melakukan Pilates selama 75 minit. KX menawarkan asas kelas Pilates dan lain-lain termasuk sesi kelas peribadi, gim tersebut juga memiliki spa dan restoran. Siapa tahu Pippa ke sana untuk senaman atau santai di situ?

Obssi Pippa pada Pilates bukan baharu — dia peminat senaman itu sebelum kakaknya berkahwin lagi, Pippa dilaporkan bersenam di bawah bimbingan Margot Campbell, jurulatih Pilates di London. Tidak dipastikan dia masih bersama Margor, namun hasilnya sangat disukai Pippa. “Selepas beberapa bulan saya dapati ada perbezaan besar di core strength dan posture,” ujar Pippa dalam testimoni di laman web Margot Campbell. “Dari teknik pernafasan, muscle toning hingga keseluruhan fleksibeliti dan relaxation, saya lakukan Pilates secara mingguan untuk kekal fit, gembira dan bertenaga.”

5. Dia juga kerap mendapatkan rawatan wajah.

E! News melaporkan Pippa mendapat rawatan wajah setiap minggu atau dua. Rawatan wajah selama 60 minit di Grace Belgravia berharga 125 British pounds, rawatan anti penuaan berharga 165 British pounds. Namun, veil Pippa dikatakan bernilai 2,000 British poundsso, #perspective.

6. Dia turut mendapatkan rawatan leg-bandaging mud.

Juga terkenal sebagai “Capri Palace Leg School treatment,” menurut E! News, ia datang di dalam pakej Grace Belgravia bridal yang ditawarkan pada Pippa.

Tiada siapa dapat mengesahkan Pippa menerima rawatan tersebut kerana wakil Grace Belgravia enggan mengesahkan Pippa adalah klien mereka. Jika benar, pasti ada termasuk mud packs bersama  cold bandaging, hot and cold hydrotherapy, dan urutan stone. Dari laman web Grace Belgravia, rawatan tersebut direka untuk membaiki kitaran darah dan mencetus metabolisma, mengurangkan selulit, menegangkan kulit dan mengurangkan timbulnya urat dan capillaries agar kaki lebih halus.

7. Dia dilaporkan meninggalkan minuman wine.

Sumber tidak sah E! News memberitahu hampir sebulan Pippa tidak meminum wine. Tidak sukar bagi mereka yang tidak gemarkan wine, tapi bagi Pippa ada masalah — bukan kerana dia suka wine tetapi kemahirannya: Pippa mahir mengenai wine dan bertauliah — Grape Experience Wine & Spirit School in 2014, dan Wine & Spirit Education Trust in 2015 — dia juga mahir dalam grape-growing dan wine-making. (Pasti wine di acara perkahwinannya A++.)

Artikel Asal: Elizabeth Narins

Sumber: Cosmopolitan US