Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Uniform Kru Kabin Paling Stylish Pilihan Cosmo

6 Uniform Kru Kabin Paling Stylish Pilihan Cosmo

Maaf, pakaian uniform kru kabin Malaysia tidak termasuk dalam senarai yang Cosmo tampilkan ini. Bukan tidak mahu beri sokongan kepada penerbangan lokal, tetapi uniform penerbangan antarabangsa yang lain jauh meninggalkan rekaan daripada penerbangan Malaysia.

Mungkin bagi sesetengah daripada kamu, pakaian seragam krew kabin penerbangan bukan perkara penting untuk difikirkan. Perkhidmatan, promosi dan layanan adalah lebih dititik beratkan dalam memilih penerbangan sebelum kamu travel ke mana-mana.

Tetapi bayangkan apabila ada sesetengah penerbangan betul-betul memberi komitmen dari setiap sudut untuk meberikan yang terbaik, termasuk rekaan uniform pekerja. Jom check out lima penerbangan yang tampil dengan rekaan uniform yang unik, super stylish dan kemas.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

6 Uniform Krew Kabin Paling Stylish Pilihan Cosmo

WIZZ AIR

Penerbangan kos rendah dari negara Hungari ini dilancarkan pada tahun 2003 dan pihak pengurusan tampil dengan uniform berwarna sangat terang – bright pink. Penumpang rata-rata memberikan komen positif kerana krew kabin memberikan tenaga positif dengan memakai warna terang seperti itu. Pada tahun 2015, pihak pengurusan Wizz Air membenarkan pekerjanya melakukan undian stail terbaru uniform dan akhirnya tampil dengan beberapa pilihan stail seperti skirt, seluar panjang dan kot.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness