Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Tip Tidur Nyenyak Sampai Pagi

Sukar tidur malam? Jika tak ada masalah kesihatan lain yang menyukarkan kamu lena, cuba tip ini agar kamu mampu tidur bak puteri beradu hingga ke pagi.

36947849_m

 

1. Elak kafein kerana ia kekal dalam tubuh selama lebih kurang lapan jam. Kalau nak minum kopi juga, minum sebelum jam 3 petang.

 

2. Bersenam awal. Boleh kalau nak bersenam pada waktu malam tetapi pastikan kamu beri tubuh dalam tiga jam untuk bertenang selepas itu. Kalau tidak, terkebil-kebillah kamu atas katil. Mulalah nak capai telefon!

 

3. ‘Bercuti’ daripada gajet. Lampu yang memancar daripada tablet, iPad, telefon dan TV semuanya menyekat hormon yang membantu kamu tidur. Baring, kunci jam, tutup mata. Jangan usik telefon itu okey.

 

4. Chill! Suhu tubuh menurun bila kamu tidur. Pastikan bilik dingin, pasang lilin aromaterapi malah kamu boleh urut tubuh dengan minyak atau krim aromaterapi untuk bantu kamu relaks.

 

5. Jangan minum sebelum tidur. Kalau nak minum pun sejam sebelum tidur kerana pundi kencingmu berehat ketika kamu tidur. Jika kamu perlu bangun untuk buang air bermakna kamu terlebih air.

 

6. Bangun terus. Maksudnya, jangan tekan snooze bila alarm bunyi. Sudahnya kamu akan tidur balik, bangun sekejap, tidur balik dan itu tidak bagus. Kunci jam untuk bangun pada waktu yang kamu perlu bangun. Letak jauh sedikit dari katil supaya kamu perlu bangun berjalan untuk matikannya dan terus bangun.

 

Foto: 123RF.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor