6 Tip Belajar Sambil Bekerja - Page 2 of 2 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Tip Belajar Sambil Bekerja

6 Tip Belajar Sambil Bekerja

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

3) Tentukan waktu terbaik untuk belajar

Lain orang lain caranya. Mengikut kajian, terdapat dua waktu terbaik untuk belajar jika kamu berkerjaya. Pertama, untuk pembelajaran teori, waktu terbaik adalah sebelum subuh hingga jam lapan pagi sebelum waktu bekerja. Jangan salah percaturan masa! Ramai berpendapat waktu pulang dari kerja adalah yang terbaik, salah! Otak kamu sudah penat selepas seharian bekerja di pejabat. Kedua, untuk subjek yang lebih praktikal, waktu terbaik adalah malam minggu. Ambil masa lebih kurang dua jam untuk faham topik-topik yang sudah dipelajari.

4) Seimbangkan aktiviti harian

Kamu tetap boleh lakukan aktiviti lain tapi bergantung pada kapasiti dan kemampuan diri. Tak mampu luangkan masa dua jam? Kurangkan kepada satu jam! Apa yang penting, kamu masih boleh luangkan sedikit masa daripada jadi katak di bawah tempurung, kan? Kamu masih lakukan kesemuanya seperti biasa tapi hadkan pada waktu yang kamu ada agar ia sama adil.

5) Beritahu status belajar kepada orang sekeliling

Memang benar, tidak semua orang perlu tahu keadaan sebenar. Tapi bab belajar sambil bekerja sepenuh masa, tak perlulah berahsia. Salah satu sebab mengapa kamu perlu beritahu adalah supaya mereka faham keadaan kamu yang mungkin sedang kepenatan. Jika di tempat kerja pula, amat penting untuk kamu beritahu majikan serta jabatan sumber manusia.

6) Pilih subjek ikut kemampuan

Ingat! Kamu belajar untuk diri sendiri dan demi masa depan kamu. Jangan tergesa-gesa untuk habiskan pembelajaran sehingga kamu padatkan jadual belajar dengan subjek yang banyak di luar kemampuan diri. Sebagai contoh, jika kamu rasa tidak mampu untuk ambil lima subjek dalam satu semester, sebaliknya ambil tiga subjek saja. Sekurang-kurangnya jika kamu tidak dapat lakukan semester tersebut dengan cemerlang, kamu masih boleh kekalkan CGPA agar tidak ‘tersungkur’.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert