6 Tip Belajar Sambil Bekerja - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Tip Belajar Sambil Bekerja

6 Tip Belajar Sambil Bekerja

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Mungkin kamu sudah lama pasang niat untuk sambung belajar tapi tidak mahu berhenti kerja kerana sedang  berada di puncak kerjaya. Jadi pilihan yang ada adalah belajar separuh masa. Memikirkannya saja sudah cukup buat kamu menggigil kerana takut tidak mampu berikan komitmen sepenuhnya. Nasihat Cosmo? Go for it! Ketahui enam tip penting ini untuk pastikan kerjaya dan pembelajaranmu seimbang.

6 Tip Belajar Sambil Bekerja

Foto: Shutterstock.com

1) Rancang jadual kerja

Kamu pasti tahu tahap kesukaran kerjaya masing-masing. Jika kerjaya kamu berikan cabaran yang sukar, mungkin untuk tambah komitmen baru seperti sambung belajar umpama sesuatu yang mustahil. Tapi jangan sesekali anggap ia satu beban. Anggaplah ia sebagai satu cabang rezeki. Jadi, belajar susun waktu kerja sebaiknya. Jika kerjaya kamu memerlukan lebih perhatian, selesaikan kerja terlebih dahulu barulah disusuli dengan pembelajaran kamu. Prioritize, prioritize, and prioritize!

2) Atur masa sebaiknya

Jika kamu boleh atur masa untuk tidur, makan dan berhibur, jangan jadikan kerja dan belajar sebagai alasan untuk kamu mengelat! Pengorbanan terbesar yang kamu perlu lakukan jika memilih untuk belajar sambil bekerja adalah masa. Susunlah waktu sebaiknya agar hidup kamu terisi dengan perkara paling bermanfaat. Hargai masa yang ada. Semua orang ada 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Mungkin kamu sedar bahawa orang lain mempunyai 12 jam untuk diri mereka sendiri manakala kamu pula hanya mempunyai lapan jam sehari untuk diri sendiri. Tapi ia tidak bermakna kamu tidak boleh buat perkara yang sama seperti orang lain. Manfaatkan setiap saat yang kamu miliki. Kurangkan waktu bersosial dan lebihkan masa pada kerjaya dan juga pembelajaranmu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert