6 Soalan Kamu Kena Tahu Jawapannya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Soalan Kamu Kena Tahu Jawapannya

 

Hidup tak ditakdirkan untuk menjadi sempurna, tapi sewajarnya jadi lebih baik dan berbeza. Kamu boleh mengubah diri menjadi lebih baik dengan bertanya soalan ini kepada diri sendiri.

 

37403444_m

 

1. Saya bekerja untuk hidup, atau hidup untuk bekerja?

Keseimbangan kerja/hidup kunci utama untuk peroleh kebahagiaan – lebih ideal jika ia tentang ‘hidup’ dan kurang tentang ‘kerja,’ takpun biar sama rata. Tetapi kadangkala, ketidakseimbangan dalam hidup boleh menjadi sesuatu yang baik. Contoh, jika kamu banyak tanggungan, atau sudah membeli hartanah atau ada anak, hidup untuk bekerja menjadi penting. Tetapi kamu tak boleh lakukannya sampai bila-bila, kamu tak tercipta untuk tanggung tekanan sebegitu. Jadi, rancang untuk satu tempoh di mana kamu boleh bekerja untuk hidup. Jumlah sihat untuk bekerja adalah lapan jam sehari, lapan jam untuk rehat dan lapan jam untuk bermain.

 

2. Adakah saya suka  membuat kesimpulan?

Bila kamu lihat orang lain lebih berjaya, memang mudah nak menganggap dia ada segalanya dan kamu pula si gagal. Masalahnya, kamu suka buat tanggapan mudah – katakanlah satu hari itu hujan, kamu mengeluh ia adalah musim tengkujuh. Biarpun sesetengah tanggapan mudah tak beri kesan pada kegembiraan, ia adalah tabiat yang akan mengundang rasa murung bila sesuatu tak kena berlaku. “Jika kamu rasa kerjayamu membosankan hanya kerana kamu tak dapat naik pangkat, ingatkan dirimu yang itu hanya satu momen dalam hidupmu. Dalam setahun, malah beberapa bulan lagi, semua itu tak lagi penting.

 

3. Adakah saya cukup berani untuk akui kesilapan?

Bila perkara buruk terjadi, naluri pertama sudah pasti mempertahankan diri dan cuba mengalihkan kesalahan pada benda atau orang lain. Ia tabiat yang dipelajari sejak kecil, tetapi sebagai orang dewasa, kamu kenalah jadi lebih berani. Kalau takut berdepan dengan kesilapan, kamu berisiko untuk merendahkan keupayaan diri dan mencari kegagalan. Kamu kena berani. Katakan, “Saya yang buat (atau tak buat), itu tanggungjawab saya dan saya tersilap.” Kemudian jelaskan pembetulannya. Justeru, kamu akan buat keputusan yang lebih jelas selepas itu.

 

4. Adakah hidup saya memberi inspirasi untuk jadikan diri sendiri lebih baik?

Sebut tentang rumahmu, adakah kamu rasa teruja nak pastikannya bersih dan kemas sentiasa? Bila membayangkan keretamu, adakah kamu mahu jadi pemandu yang bagus? Sewaktu memikirkan tentang si dia, adakah dia buat kamu nak jadi teman wanita yang lebih baik? Memikirkan tentang aspek berbeza dalam hidup dan mencabar dirimu untuk berikan usaha yang lebih tinggi akan buat kamu lebih fokus pada perkara yang ingin diubah. Bayangkan kamu bangun tidur dan berjanji untuk berikan sebaik mungkin pada apa saja yang kamu akan lakukan hari itu – daripada sarapan paling lazat kepada memakai sut paling cantik, ke cara kamu bekerja dan apa kamu nak buat bila ada waktu lapang. Cuba jalani hidup sebegitu untuk sehari dan rasai kehebatannya – dan lihatlah peluang yang terbentang di depan kamu nanti.

 

5. Adakah saya terlalu kasar dengan orang lain?

Jika standard yang ditetapkan terlalu tinggi, kamu akan mudah mengadili orang lain – dan rasa kecewa dengan usaha mereka yang langsung tak mencapai piawaianmu. Jika kamu selalu meletak harapan tinggi, kamu akan sedar mereka telah berusaha, cuma usaha terbaik mereka tak sama seperti usaha terbaikmu. Bukan saja kamu akan belajar untuk berdikari, malah lebih mudah untuk kamu terima orang lain seadanya.

 

6. Adakah saya seorang pendengar yang baik?

Semua orang akan mengaku yang mereka adalah pendengar yang baik, tapi biasanya kamu akan biarkan judgment dan tanggapan ‘memasuki’ perbualan, bermakna kamu sebenarnya tak berapa dengar pun apa yang perlu didengari. Mendengar perlukan minda yang terbuka. Kamu kena berada di situ dan jangan memandai mengubah mesej yang telah disampaikan. Dengan mengekang interpretasi sendiri, kamu akan memberi maklum balas yang lebih objektif dan adil. Contohnya ketika berbual, daripada merancang perkara atau topik perbualan yang seterusnya walaupun ketika itu teman kamu berhenti cakap seketika, tunggu sekejap. Fokus bukan saja kepada apa yang sedang diperkatakan, tetapi bagaimana ia diperkatakan. Dan jangan anggap apa yang kamu sampaikan akan diterima seperti yang kamu ingini.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor