Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Sebab Kenapa Bersenam Pada Waktu Pagi Lebih Baik

Kecualilah jika kamu jenis mudah bangun pagi, kamu pasti klik artikel ini untuk lihat sama ada terdapat alasan yang betul-betul kukuh untuk untuk kamu korbankan beberapa jam daripada waktu tidur di awal pagi untuk bersenam. Benarkah memulakan hari dengan bersenam sebenarnya baik untuk kamu? Ini apa yang kami jumpa…

35333624_m

 

1. Ambil kesempatan di atas hormon kamu!

Hormon kamu lebih-lebih testosteron berada pada tahap kemuncak di waktu pagi. Ini boleh membantu kamu lebih bertenaga ketika bersenam.

 

2. Kurang gangguan di waktu pagi

Pada waktu ini, tak ramai orang yang ‘bergaduh’ mahukan perhatian daripadamu. Kamu tidak banyak tanggungjawab pada waktu pagi dan tekanan untuk menyiapkan to-do list juga tidak membuatkan kamu terlalu tertekan. Jadi kamu boleh fokus pada diri sendiri.

 

3. Penat selepas waktu kerja

Secara realistik, susah nak rasa teruja untuk bersenam bila badan terasa lelah setelah melalui hari yang panjang dan memenatkan di tempat kerja. Apa yang kamu mahu buat hanyalah melepak dengan kawan-kawan, atau lebih ideal lagi – balik rumah, baring atas sofa dan layan TV!

 

4. Kopi akan buatkan kamu bertenaga

Macamlah kamu perlukan satu lagi alasan untuk sukakan kopi! Menurut Journal of the International Society of Sport Nutritions, kopi membantu ketika bersenam dengan meningkatkan tahap ketahanan badan kamu.

 

5. Ia akan memaksa kamu untuk ambil sarapan

Walaupun ada kajian di luar sana menyatakan sarapan pagi bukanlah hidangan paling penting dalam sehari, memulakan harimu dengan perut yang penuh semestinya akan menghindarkan kamu daripada teringin untuk ambil makanan tidak menyihatkan selepas itu. Bersenam di waktu pagi akan memastikan kamu duduk dan makan sesuatu kerana lapar, sama ada kamu jenis yang bersarapan atau tidak.

 

6. Bersenam akan meningkatkan keyakinan diri

Ya, senaman merembeskan endorfin yang membuatkan kamu rasa optimistik tapi bersenam di waktu pagi akan membuatkan diri kamu rasa lebih bernilai dan yakin sepanjang hari.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor