6 Rahsia Peribadi Zayn Malik Yang Kamu Perlu Tahu!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
autobiography zayn malik

6 Rahsia Peribadi Zayn Malik Yang Kamu Perlu Tahu!

Zayn Malik baru saja melancarkan buku autobiografi pertamanya berjudul Zayn. Selepas meninggalkan One Direction pada Mac 2015, Zayn bergerak solo dan dia mendedahkan banyak rahsia dalam autobiografi ini. Cosmo senaraikan beberapa rahsia menarik yang ditulis dalam Zayn yang perlu kamu tahu.

autobiography zayn malik

1. Ibu Zayn yang mengalaknya untuk meninggalkan One Direction! “Ibu saya meyakinkan saya untuk memilih keputusan yang tepat untuk diri sendiri. Kalau kamu tidak gembira, berhenti melakukannya!” Menurut Zayn, selepas pulang dari konsert jelajah One Direction, dia memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu. Ibunya menyediakan makanan kegemarannya, kari ayam untuk meraikan keputusan itu.

autobiography zayn malik

Foto: Shutterstock.com

2. Zayn tetap berbangga dengan kejayaannya bersama One Directon, walaupun dia meninggalkan kumpulan itu ketika mereka masih dalam konsert jelajah. “Saya tidak pernah benci dengan momen bersama mereka. Malah selepas ini saya tidak memandang ahli lain sebagai pesaing kerana kami menyukai jenis muzik yang berbeza,” jelas Zayn.

3. Jika dia bukan penyanyi, Zayn mungkin akan kembali ke kolej dan mengambil jurusan Inggeris. “Saya suka menulis dan membaca. Kamu mungkin tidak percaya saya seorang yang agak jiwang ketika zaman sekolah dan suka menulis puisi cinta untuk crush saya.” Really?

4. Zayn tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum menyertai X-Factor! Ketika pertama kali naik kapal terbang, anggota One Direction yang lain mengusiknya sehingga dia hampir ‘terkucil’ dalam penerbangan.

5. Pillowtalk bukan mengenai seks semata-mata. Menurut Zayn, lagu tersebut mengenai hubungan cinta yang penuh dengan dugaan, momen buruk dan indah. “Saya rela untuk tidak bersama dengan gadis yang tidak cintakan saya sepenuh hati seperti mana saya menyintainya,” Harap-harap Gigi Hadid fahami dengan mendalam lirik Pillowtalk!

6. Zayn berperang dengan masalah pemakanan dan anxiety yang teruk. “Saya pernah tidak lalu makan dan hanya minum air selama tiga hari berturut-turut,” Berat badan Zayn turun mendadak dan dia sangat lemah ditambah dengan keresahan teruk yang dialaminya. Anxiety disorder tersebut membuatkan Zayn resah dan panik sehingga menggigil dan hampir pengsan.

Sumber: Cosmopolitan.com / Foto: Instagram.com/zaynmalik

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness