6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang

6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang

Dalam setiap perhubungan, pasti ada momen di mana kamu mulai curiga dengan pasanganmu, kan? Perangainya semakin berubah, tak lagi seperti di awal percintaan kalian. Jangan terkejut, ini mungkin salah satu petanda si dia mula menduakanmu!

6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang

Foto: Shutterstock.com

1. Selalu mengelak berjumpa kamu

Ada saja alasan yang si dia beri setiap kali kamu ajak keluar date. Katanya, “Maaf saya ada meeting” atau “Kawan saya ajak lepak tengok bola malam ni”. Kadangkala alasan tak masuk akal pun ada!

2. Gelabah bila kamu pegang telefonnya

Si dia tak senang duduk bila kamu bermain dengan telefon pintarnya dan segera merampas dengan alasan, “Saya nak e-mel bos sekarang.” Ini sangat suspicios! Gerak tubuhnya boleh membantu kamu mengesan tanda si dia sedang menipu.

3. Banyak nombor misteri

Bila kamu periksa contact list si dia, ada banyak nombor dibiarkan tak bernama. Besar kemungkinan nombor-nombor misteri itu adalah wanita yang si dia sedang bermain asmara. Cuba selidik, kalau betul si dia menipu, minta penjelasan.

4. Bekerja hingga lewat malam

Banyak pula kerja si dia sejak dua-menjak ni. Mesyuaratlah, acaralah, bincang bisnes projek barulah, hari-hari kerja overtime sampai tak ada masa langsung untuk kamu. Besar kemungkinan, si dia bukan jumpa klien tetapi ‘ke lain’. Oops!

5. Si dia banyak follow wanita seksi di media sosial

Kamu perasan si dia banyak like gambar wanita tak kiralah di Facebook atau Instagram. Tambah parah, kalau si dia ada Wechat pula. Ramai pula wanita-wanita hot yang dia follow. Nah, kamu dah boleh agak apa yang sedang berlaku, kan?

6. Tiba-tiba mahu ‘dapper than ever’

Selama ini si dia tak pernah kisah tentang penampilan. Tapi, sejak akhir-akhir ini dia sudah menukar stail baru, wangian baru dan jadi lebih concern dengan penampilan diri. Kepada siapa dia mahu show off? Kamu atau ada orang ketiga? Fikirkan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor