6 Perkataan Yang Pasti Akan Buat Kamu 'Gila'! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Perkataan Yang Pasti Akan Buat Kamu ‘Gila’!

Selain kata-kata manis teman lelaki, Cosmo pasti perkataan-perkataan ini akan buat kamu ‘gila’ bila di shopping mall, web atau mana-mana saja. Ia adalah senjata untuk kamu terus berbelanja. Awas!

Sale
Ini dia perkataan nombor satu yang menjadi sahabat sekali gus musuh dalam selimut. Kamu sanggup berbelanja hingga poket pokai asalkan dapat apa yang dinginkan. Tak kisahlah jika tengah bulan, duit kamu cukup makan saja. Tetap tangan kamu gatal masih membeli. Lagi gila, perkataan sale itu dituruti dengan 30%, 50%dan 70%. Ada yang sanggup puasa sebulan!

Midnight Madness Sale
Kamu sanggup bersengkang mata walaupun esok pagi perlu ke kuliah atau pejabat jam lapan pagi. Asalkan kamu dapat miliknya terlebih dahulu. Perkataan ini selalu kamu nampak ketika melayari laman web. Ada juga web yang menetapkan waktu untuk midnight madness sale seperti jam 12 tengah malam hingga enam pagi. Cosmo pasti kamu juga turut terjebak, kan?

Bazaar
Walaupun barang pre-loved atau baru, bila ada bazar kamu terus naik hantu kerana kamu tahu semua barang yang dijual murah dan berpatutan. Tapi jika poket kamu kosong, kamu boleh jual barang yang kamu tak guna dan mula kumpul duit untuk beli baju, kasut, aksesori dan alat solek baru.

Clearance
Cosmo mengaku perkataan clearance sangat bahaya! Pastinya jenama gedung terkemuka ingin menjual semua produk musim tersebut dan diganti produk baru. Dalam fikiranmu, semua barang akan dijual dengan harga paling murah. Mulalah kamu terlupa cek kualiti barang kerana ia terlalu murah. Siapa pernah alami situasi beli baju tapi ada foundation di bahagian leher? Angkat tangan!

Last Chance
Selalu situasinya begini, kamu memang berniat nak beli tas tangan yang sudah lama diimpikan dan kamu ternampak tas tangan tersebut tergantung pada railing hanger di sudut kedai dengan nota ‘last chance to buy.’ Kamu pun tanpa fikir panjang membelinya bersama item tambahan seperti skirt dan blaus.

Buy 1 Get…
Lemah lutut dengar atau lihat perkataan ini. Dengan mindset, harga yang tak begitu mahal kamu boleh dapatkan beberapa item lagi. Jika tak rebut peluang begini memang rugi kerana dapat dua hingga tiga item dengan satu harga saja. Mulalah kamu buat andaian jika kamu datang kembali, item itu sudah tiada lagi.

 

Foto: Shutterstock.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist