Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Perkara Ajaib Berlaku Kepada Tubuh Ketika Kamu Sedang Tidur

9 perkara ini berlaku ketika kamu sedang tidur dan ia berlaku kepada semua orang. Bukan mengigau ya! Tetapi sesuatu yang unik dan ajaib.

Otot Menjadi Lumpuh

Ketika kamu sedang tidur lena, otot tangan dan kaki kamu menjadi lumpuh dan ia tidak boleh digerakkan dengan sendiri. Sebab itu ada beberapa insiden dimana kamu tidak boleh bergerak beberapa saat walaupun mata kamu sudah terbuka ketika terjaga daripada tidur.

Mata Bergerak Laju

Tidur bertindak merehatkan minda, otak dan tubuh kamu supaya ia berfungsi dengan baik. Terdapat 5 fasa atau peringkat tidur, sebelum kamu betul-betul lena. Selepas tubuh kamu melepasi kesemua fasa, ia akan bermula semula dari fasa pertama.

Fasa terakhir adalah fasa paling aktif dan ia bermula 60-90 minit selepas kamu lena tidur. Di saat ini, mata kamu bergerak laju ke depan dan belakang tanpa kamu sedari kerana minda kamu sedang memberikan fokus kepada mimpi.

Hormon Pembesaran Dilepaskan

Dikenali sebagai HGH Hormone, ia adalah hormon pembesaran yang aktif dilepaskan ketika tidur, bertindak membenarkan tulang, otot dan tisu tubuh diperbaharui. Ia bertindak merawat kesan luka dan pembentukkan sel baru. Hormon ini juga membuatkan kanak-kanak membesar dan menjadi tinggi ketika tidur.

Tekak Menjadi Sempit

Ketika tidur, otot di bahagian tekak membesar dan menjadi sempit, tetapi sebaliknya berlaku ketika kamu sedar. Faktor ini juga menyebabkan sesetengah orang berdengkur kuat dan mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan ketika tidur.

Gigi Bergesel

Ia tidak berlaku kepada semua orang, tetapi menggesel gigi ketika tidur adalah salah satu cara tubuh kamu melepaskan stres dan tekanan di siang hari. Menggesel gigi menyebabkan rahang kejang dan gigi rapuh.

Otak Menyimpan Dan Mengemas Kini Data

Menerusi kajian antarabangsa, otak kamu memadam data yang tidak diperlukan yang diserap ketika siang hari. Mekanisma unik ini menjadi aktif ketika tidur yang dipanggil sebagai sistem glymphatic. Apabila ia aktif, otak kamu akan memadam maklumat yang tidak diperlukan dan meransang maklumat yang lebih penting serta mengemas kini sistem sistem sambungan.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness