Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Percutian Pantai Romantis Untuk Sesi Bulan Madu

Buat mempelai yang baru mendirikan rumah tangga dan masih tercari-cari honeymoon spot yang menarik dan romantis, Cosmo kongsikan beberapa lokasi penginapan untuk kalian. Inilah waktunya untuk kamu dan si dia ‘to the moon’ bersama!

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pulau Laucala, Fiji

Jika kamu mahukan kemewahan vila, Laucala menawarkan 25 vila dengan dekorasi glamor dan mewah serta terdapat unsur budaya penduduk kepulauan ini. Terdapat lima restoran bertaraf Michelin Star yang boleh kamu cuba. Jika mahukan kelainan, kamu boleh buat aktiviti barbeque berdua. Menyentuh soal seni bina resort ini, setiap bangunan direka yang diambil inspirasi daripada alam semula jadi. Jika si dia gila main golf, resort ini memiliki padang golf persendirian tau. Menarik, kan?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor