6 Percutian Pantai Romantis Untuk Sesi Bulan Madu - Page 4 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Percutian Pantai Romantis Untuk Sesi Bulan Madu

Buat mempelai yang baru mendirikan rumah tangga dan masih tercari-cari honeymoon spot yang menarik dan romantis, Cosmo kongsikan beberapa lokasi penginapan untuk kalian. Inilah waktunya untuk kamu dan si dia ‘to the moon’ bersama!

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Belmond Hotel Splendido, Portofino Itali

Beralih ke negara dengan pemandangan indah iaitu Itali. Belmond Hotel Splendido adalah pilihan terbaik jika kalian memilih Portofino sebagai destinasi bulan madu. Menariknya, hotel ini terletak di Ligurian Riviera iaitu pelabuhan kapal layar. Kamu dan si dia boleh berjemur di kolam renang pada siang hari, menikmati masakan Itali dan pemandangan laut biru Mediterranean kala malam menjelma. Selain itu, kalian boleh berjalan selama 10 minit dari hotel ke muzium sambil mempelajari sejarah Portofino.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor