Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Percutian Pantai Romantis Untuk Sesi Bulan Madu

Buat mempelai yang baru mendirikan rumah tangga dan masih tercari-cari honeymoon spot yang menarik dan romantis, Cosmo kongsikan beberapa lokasi penginapan untuk kalian. Inilah waktunya untuk kamu dan si dia ‘to the moon’ bersama!

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Song Saa Private Island, Cambodia

Jika kamu memilih benua Asia sebagai tempat berbulan madu, pilih Kemboja yang terkenal dengan sebuah pulau eksklusif yang terletak di  Krong Preah, Sihanouk. Hanya 35 minit menaiki bot dari pelabuhan Sihanoukville. Terumbu karang dan pasir putih di tepian pantai pasti buat kamu terkesima ditambah lagi dengan pemandangan yang mendamaikan. Song Saa yang membawa maksud cinta hati adalah sebuah resort mewah bertaraf lima bintang yang terletak di tengah-tengah pulau ini. Jika kamu inginkan percutian intimate, Cosmo sarankan kamu buat tempahan di resort ini. Setiap bilik mempunyai kolam renang persendirian menghadap pantai. Oh, so romantic!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor