6 Mitos Tentang Mencuci Pakaian - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Mitos Tentang Mencuci Pakaian

Pilihan yang terbaik tidak semestinya dry-cleaning. Ini enam mitos mencuci pakaian yang perlu kamu tahu.

 

rachel-zoe

 

Selalunya jika pada tagnya tertulis ‘dry-clean only’ mungkin juga iabermaksud ‘don’t wash me over.’ Tak percaya? Nak cuci pakaian dan hantar ke dry-cleaner bukanlah murah. Lagipun, siapa ada masa bukan? Tetapi, semakin banyak wang kamu habiskan pada pakaian kamu, semakin sayang kamu nak basuh baju kamu itu dalam mesin basuh. Walaupun sebenarnya ia boleh dibasuh dengan biasa, kamu saja yang overreacted. Ramai berpendapat bahawa baju mahal mestilah kena hantar dry-cleaning… Tidak semestinya!

 

00031a00_medium

Rachel Zoe bersama model

 

Rachel Zoe, designer dan juga pakar dalam hal-hal pakaian menyelesaikan dilema kamu. Rachel yang bekerjasama bersama Downy dalam koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 telah mencipta empat pakaian yang 100% laundry-friendly. Ini sedikit sebanyak menjawab persoalan dan salah anggap kamu tentang mencuci pakaian.

Rachel_Zoe_fall_winter_2016_2017_collection_New_York_Fashion_Week1

Koleksi terbaru Rachel Zoe buat Musim Luruh/Sejuk 2016

 

Mitos 1: Dry-cleaning akan mengelakkan pakaian berbulu dan tertarik

  • Kepada kamu yang kerap dry-cleaning pakaian, baca label pada pakaian kamu terlebih dahulu. Jika ia tertulis, ‘jangan dry-clean’ ini mungkin bermakna fabrik kamu diselaputi dengan lapisan istimewa yang boleh ditanggalkan melalui pencuci dry-clean. Percayalah, baju kamu hanya akan jadi lebih teruk. Mencuci pakaianmu dengan mesin basuh sebenarnya membantu pakaianmu untuk jadi lebih in tact daripada dry-cleaning, kata Rachel.

 

Mitos 2: Pelembut fabrik tak semestinya perlu

  • Pelembut fabrik akan mengelakkan pakaian daripada rosak ketika kamu memakai atau mencucinya. Bagaimana kusutnya rambutmu jika tidak menggunakan hair conditioner, begitu juga dengan pakaianmu tanpa pelembut fabrik. Meletakkannya semasa membasuh fabrik yang sudah sedikit lusuh dan lama boleh melembutkan fiber di dalam fabrik (yang mana ia dapat membuatkan color menjadi lebih terang) dan baju kamu kelihatan seperti baju baru.

 

Mitos 3: Kamu patut cuci pakaianmu selepas setiap kali memakainya

  • Menurut Rachel, “Berikan perhatian kepada perkara yang diperlukan dan pakaianmu. Saya hanya mencuci pakaian saya  bila saya rasa perlu. Terlalu sering mencuci pakaian yang tidak terlalu kotor adalah kesalahan biasa yang dilakukan semua orang.” Item seperti jeans dan kemeja-T boleh dipakai berulang kali jika mereka tidak kotor. Tetapi, item seperti pakaian dalam dan baju senaman perlu dicuci setiap kali kamu menyarungnya. Kecuali jika kamu memakai seluar yoga hanya untuk menonton TV, tak perlulah kamu mencucinya dengan kerap.

 

Mitos 4: Jika cuci pakaian dalam washing machine, ia akan mengecut

  • Siapa kata? Menurut Rachel, proses mengecut sebenarnya terjadi semasa di dalam dryer, bukan di dalam washing machine. Jika label pada pakaian kamu membenarkan kamu mencucinya, kamu tidak perlu risau. Kamu hanya perlu keringkan ia secara semula jadi dan bukannya menggunakan dryer.

 

Mitos 5: Menggantung bajumu adalah cara terbaik untuk mengeringkannya

  • “Kadangkala, menggantung bajumu pada penyangkut akan merosakkannya,” kata Rachel. “Pada kawasan yang senang rosak, ia akan meninggalkan kesan hanger pada baju. Jadi kebiasaannya, saya hanya akan membentangkannya atau membiarkannya di luar untuk kering.”

 

Mitos 6: Segala yang berfabrik cashmere atau sutera harus di dry-cleaned

  • Cashmere, polister dan sutera adalah fabrik yang dikenali dengan hanya perlu dibasuh secara dry-cleaned. Tetapi, sebenarnya fabrik in okey saja kalau dibasuh dengan biasa. Cuma apabila fabrik tersebut diperbuat daripada special dye atau secara telus, ia tidak harus dibasuh dengan sewenangnya. Baca saja pada label untuk kepastian.

 

Foto: Google/Artikel asal: Brooke Shunatona

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor