Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sex in the kitchen

6 Lokasi Terbaik Untuk Berasmara Selain Bilik Tidur

Definisi seks hambar? Bila kamu merasakan hanya kamar tidur tempat terbaik untuk hubungan intim! Cosmo dedahkan beberapa tempat yang lelaki fikirkan lebih seronok untuk berasmara selain daripada katil di bilik. Berani untuk mencuba?

sex in the kitchen

1. Kerusi. Kenapa tidak? Biarkan si dia duduk dan kamu mendominasi sesi berasmara. Lelaki suka apabila wanita yang berani menguasai hubungan intim (kadangkala). Biarkan dia terdiam melihat kamu bijak mengemudi ‘pelayaran’ yang mencabar dipukul ombak.

2. Meja Solek. Terlalu banyak alatan mekap di atas meja solek? Tidak perlu gigih mengalihkannya. Apa kata kamu suntikkan elemen drama dengan menolak kesemua barang tersebut ke lantai dengan gaya penuh berahi. Si dia pasti terkedu melihat kamu seperti dirasuk namun secara tidak langsung membuatkan pasangan kamu lebih ghairah!

3. Bilik Mandi. Cuba kamu menyelinap masuk secara mengejut ketika si dia sedang asyik menggosok sabun di tubuhnya. Lelaki sukakan imaginasi nakalnya menjadi kenyataan.

4. Tab Mandi. Lelaki sebenarnya sukakan props tambahan ketika bersama, tetapi malas untuk menyediakannya. Kamu perlu jadi lebih kreatif. Tutup lampu dan bakar lilin wangian lavender untuk meningkatkan mood kamu serta tabur kelopak bunga mawar di dalam tab. Bunga mawar adalah simbol terbaik untuk berahi.

5. Di Dapur. Kalau kamu tidak kisah untuk beraksi sedikit ‘bersepah’ seperti menyediakan bahan masakan, boleh cuba berasmara di dapur. Kali ini serahkan diri kamu kepada si dia seperti dia sedang menikmati pemanis kegemarannya.

6. Dalam Kereta. Kajian antarabangsa mendapati kebanyakan lelaki pernah berimaginasi melakukan hubungan intim di dalam kereta. Lakukannya di bahagian tempat duduk belakang, turunkan sedikit tingkap untuk pengudaraan. Jangan lupa tutup enjin, penghawa dingin dan kunci pintu kereta. Lokasi yang sesuai? Di garaj rumah kamu ataupun kawasan terpencil tetapi selamat. Bukan lakukannya di parkir awam ya!

 

Foto: Shutterstock.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness